VIENTIANE, the capital of Lao PDR, provided a change in pace and scenery in the third leg of the Rising Together Baton Run as the city of more than 700,000 welcomed the Malaysian entourage for their SEA Games promotional tour.

While Brunei provided a more disciplined run over the course of 7km and the Philippines injected a carnival-like atmosphere almost over the same distance, Vientiane gave a more historical focus to mark their 10km run.
The citizens of this city might be small in numbers but they were definitely not small in excitement and enthusiasm as the more than 3,000 participants made full use of the quintessential Lao-inspired monuments to give the Baton Run a quainter feel to the whole program.

“The Baton Run has given a feel-good factor to the promotion of the SEA Games 2017 which Malaysia will host,” said YB Datuk M. Saravanan, the Deputy Minister of Youth and Sports.

“And after the third stage of the Baton Run, it has given us a lot of confidence for the overwhelming success of this event.”

That Luang or the Great Stupa is a gold-covered Buddhist Stupa in the city centre with a history stretching back to the third century, was the starting point with YB Datuk Saravanan passing the baton over to H.E. Madamme Sengdeuane Lachanthaboune, the Lao Minister of Education and Sports.

The first batch of runners went off with the baton to the first checkpoint towards the touristy landmark of the Patuxay or the Victory Gate, a war monument built in the 60s to mark the country’s independence from France.

Instead of focusing on just individual athletes, Lao PDR chose to give fair share of the spotlight to a whole level of athletes (swimmers, karate-do exponents, archers, badminton players) which also included the general populace and a handful of Lao-based Malaysian citizens.
From Patuxay, the Baton Run then headed to the National Cultural Hall with footballers and silat exponents taking over to the Cha Fa Ngum Monument which is a famous Lao King who established the Lane Xang Kingdom in the 14thCentury. 

The third checkpoint saw the baton being passed over to a group of boxers, silat exponents and also table tennis players as they led the runners to the majestic Presidential Palace as the baton changed hands for the last time.

The last leg of the 10km run saw H.E. Somphou Phongsa, the Secretary General of the Laos Olympic Committee taking part alongside a group of Para athletes, Laos national wrestlers and track and field athletes to the finish at Chao Anouvong National Stadium.

At the finish, the baton was then passed back to YB Datuk Saravanan by Sengdeuane who then presented it to Mrs. Daw Tin Tin Htwe, Charge de Affair acting interim, Embassy of Myanmar to Lao PDR.

Other dignitaries in attendance at the finish which also had aerobics and Visit Malaysia booth on display, were representatives from the Embassies of Indonesia, Myanmar, Singapore, Thailand and Vietnam.

“We are very appreciative of this gesture from Malaysia to initiate the Rising Together Baton Run as it invigorates the ASEAN community for the SEA Games this year,” said Boulan Silipanya, the Laos Vice Minister for Education and Sports.

“On behalf of the people of Lao PDR, it is an honour to be a part of this program,” he added.

The Rising Together Baton Run was conceptualized as part of the legacy for the 29th SEA Games which Malaysia will host on 19-31 August 2017.

The Baton Run covers all countries taking part in the SEA Games and the ASEAN Para Games this year. The run is expected to finish in Singapore on 13 May 2017 before the start of the Torch Run in Malaysia.

 

Larian Baton Bangkit Bersama: Lao PDR serlah ‘suasana berbeza’

VIENTIANE, ibu negara Lao PDR yang menjadi destinasi ketiga acara Larian Baton Bangkit Bersama, tampil dengan pendekatan dan suasana unik serta berbeza berbanding dua peringkat terdahulu di Brunei Darussalam dan FIlipina.

Bandar Vientiene mungkin kecil dengan penduduk sekitar 700,000 orang, namun nyata bersemangatbesar dalam usaha menyemarakkan acara larian bersejarah itu.

Konsep kerakyatan yang menampilkan suasana mesra di kalangan orang kenamaan, atlet dan orang awam begitu terasa dengan kesemuanya berlari bersama sambil membawa bendera 11 negara Asia Tenggara dan bendera Kuala Lumpur 2017 menyusuri tempat bersejarah seperti Patuxay dan Monumen Raja Fa Ngum.

“Tahniah kepada Kementerian Pelajaran dan Sukan Lao DPR serta Majlis Olimpik Kebangsaan di atas kejayaan melibatkan penduduk tempatan menyertai acara ini.

“Ini melonjakkan semangat kami untuk menganjurkan temasya Kuala Lumpur 2017 kelak,“ kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M Saravanan pada sidang media selepas Larian Baton Bangkit Bersama pada Sabtu (18 Mac 2017).

Kuil Buddha yang bersalut warna emas, dikenali dengan That Luang atau Great Stupa menjadi titik permulaan dengan YB Datuk Saravanan menyerahkan baton kepada Menteri Pelajaran dan Sukan Lao PDR, Sengdeuane Lachanthaboune sebagai simbolik menandakan bermulanya acara ini.

YB Datuk Saravanan bersama-sama Sengdeuane serta orang kenamaan dan wakil wakil kedua-dua negara kemudian memulakan larian dari That Luang menuju ke pusat pemeriksaan pertama, Patuxay atau Victory Gate, sebuah tugu peringatan peperangan yang dibina pada tahun 1960an sebagai tanda kemerdekaan Laos daripada Perancis.

Malah, pelari utama bagi larian baton yang terdiri daripada sekumpulan atlet daripada sukan renang, karate do, memanah dan badminton diberi peluang samarata berlari dan bergilir gilir memegang baton menuju ke hentian seterusnya.

Turut memberi sokongan kumpulan atlet ini adalah penduduk tempatan yang berlari dan berbasikal sehingga ke lokasi penamat.

Kumpulan pelari daripada Patuxay, kemudiannya menyerahkan baton kepada pemain bolasepak dan atlet silat yang meneruskan larian menuju ke titik kedua, Dewan Kebudayaan Nasional dan kumpulan berikutnya akan menuju ke perhentian ketiga di Monumen Raja Fa Ngum, Raja yang terkenal kerana membentuk kerajaan Lane Xang pada abad ke-14.     

Pada hentian ketiga di Monumen Raja Fa Ngum baton diserahkan kepada sekumpulan atlet daripada sukan tinju, silat dan ping pong dan kumpulan ini meneruskan larian menuju ke titik keempat di Kediaman Rasmi Presiden Lao PDR.

Baton kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Lao PDR, Somphou Phongsa yang meneruskan larian bersama-sama atlet gusti, olahraga dan atlet para menuju ke Stadium Nasional Chaou Anouvong.

Stadium ini menjadi destinasi terakhir sekaligus melengkapkan jarak 10 kilometer bagi Larian Baton Bangkit Bersama peringkat ketiga di Vientiane.

Baton kemudiannya diserahkan kembali kepada YB Datuk Saravanan oleh Sengdeuane dan pemangku kepada Kedutaan Myanmar di Laos, Daw Tin Tin Htwe yang menerima baton sebagai tanda Myanmar sebagai destinasi keempat Larian Baton Bangkit Bersama pada 25 Mac depan.

“Kami teruja dengan inisiatif Larian Baton Bangkit Bersama ini, malah berbangga menjadi negara ketiga yang menganjurkan acara ini.

“Semangat setiakawan di kalangan komuniti ASEAN perlu diperkuatkan bukan sahaja dalam aspek sukan, tetapi bidang-bidang lain juga,“ kata Naib Menteri Pelajaran dan Sukan Lao PDR, Boulan Silipanya.

Kira-kira 3,000 peserta daripada kalangan orang kenamaan, atlet termasuk atlet para dan orang awam menjayakan acara ini.   

Turut hadir wakil wakil kedutaan dari Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Larian Baton Bangkit Bersama merupakan sebahagian daripada legasi Sukan SEA ke-29 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah pada 19-31 Ogos 2017. Sukan Para ASEAN pula berlangsung dari 17-23 September.

Larian menjelajah ke semua negara yang mengambil bahagian dalam temasya Kuala Lumpur 2017 dengan Singapura menjadi destinasi terakhir pada 13 Mei 2017,  sebelum bermulanya Larian Obor di seluruh pelosok Malaysia.

- Advertisement -