Bulan April menjadi kenangan manis buat pemain badminton perseorangan lelaki kelahiran India, K Srikanth.

Tanggal 12 April tidak akan dilupakan dimana pada detik inilah namannya dilakar dicarta paling atas selaku pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia pada 2018.

Ia jelas sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat India untuk melihat K Srikanth melonjak naik ke tangga nombor satu dunia selepas berhempas pulas memberikan yang terbaik di kejohanan yang disertainya ketika itu.

Ketika itu, K Srikanth mengumpul 76 895 mata, mengatasi pencabar terdekat dari Denmark, Vikto Axelsen yang mengumpul 75 470 mata.

Segalanya bermula pada 2017 apabila deretan kemenangan dilakar termasuk empat kejuaraan BWF Super Series di Terbuka Indonesia, Terbuka Australia, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

Beliau turut cemerlang apabila membantu India meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Gold Coast pada 2018 termasuk menewaskan jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei ketika itu sekaligus menamatkan rentetan kekalahan selepas lima pertemuan. 

Minatnya dalam arena badminton bermula pada 2000 di sebuah bandar di selatan India, Guntur.

Akademi Gopichand yang berpengkalan di Hyderabad menggilap bakat anak muda ini sehingga K Srikanth bergelar jagoan dunia.

Kedudukannya di tangga teratas hanya bertahan selama seminggu selepas rentetan kecederaan membelenggu dirinya dan kini K Srikanth menghuni ranking ke 14 dunia.

 

- Advertisement -