christie.jonatan

Oleh Ku Mohd Lufti

Indonesia mara ke final Piala Thomas 2016 selepas menundukkan naib juara 2012, Korea Selatan 3-1.

Ini adalah pentas final ke 26 Indonesia sepanjang penampilan mereka dalam saingan Piala Thomas.

Pemain perseorangan pertama Indonesia, Christie Jonathan bagaimanapun gagal memberikan mata pertama apabila tewas kepada Son Wan Ho 21-10, 21-16.

Namun kekecewaan itu diubati oleh beregu pertama, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan yang menundukkan beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae, Yoo Yeon Song yang melakar kemenangan straight set 21-15, 21-12 untuk mata penyamaan.

Perseorang kedua Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting turut cemerlang, mengikuti jejak beregu pertama selepas menundukkan Lee Doung Keun dengan straight set 21-18, 21-18 untuk meletakkan Indonesia didepan 2-1.

Korea Selatan nyata memerlukan kemenangan dalam aksi beregu kedua untuk kembali menyamakan kedudukan.

Percaturan menurunkan gandingan Kim Gi Jung, Kim Sa Rang untuk menentang Angga Pratama, Ricky Karanda Suwardi nyata tidak menjadi apabila pasangan Korea Selatan itu tewas 15-21, 18-21 sekaligus gagal melangkah ke final.

Indonesia akan berdepan samada dua semifinalis, Malaysia atau Denmark dipentas final yang dijadual berlangsung pada 22 Mei nanti.

- Advertisement -