Ineos Grenadiers mendominasi pendakian ke Chalet Reynard, Mont Ventoux dalam Tour de la Provence pada Sabtu, menyaksikan Ivan Sosa mendahului perlumbaan dan Egan Bernal dikedudukan kedua.
Pendakian besar pertama musim 2021, kemenangan Sosa dan Bernal yang merupakan rakan senegara dan sepasukan dalam kedudukan 1-2 akan tercatit dalam sejarah, tetapi ini mungkin hanya satu titik permulaan.
Sebelum keduanya berpindah ke Team Sky/Ineos; Bernal dan Sosa sudah kelihatan seperti rakan karib apabila mereka berlumba bersama buat julung kalinya di Kuala Lumpur, Malaysia dalam acara Le Tour De Langkawi pada Februari 2017, masing-masing menduduki kedudukan ke-7 dan ke-15 dimana Ryan Gibbons dari Afrika Selatan menjuarai edisi tersebut.
Bernal berkata beliau sangat gembira dengan keputusan perlumbaan tersebut dan menyatakan strategi mereka kali ini membuahkan hasil.
Sebelum permulaan tahap ketiga perlumbaan, ujarnya yang kini dalam persiapan untuk Giro d’Italia, yang beliau berlumba untuk Sosa menjuarai Tour de la Provence. Namun sebenarnya, pendakian ke Mont Ventoux, Bernal berkayuh selaku ketua pasukan manakala Laurens de Plus, Carlos Rodriguez dan terutamanya Sosa akan melakukan pecutan akhir utuk mendominasi acara tersebut dengan jarak pendakian 4.8km.
Jelas Sosa, yang mendaki trek itu buat kali pertama menyatakan walaupun pendakian itu agak sukar ia adalah satu pendakian yang bagus dan gembira memulakan musim ini dengan kemenangan tersebut dan mengharapkan ia satu motivasi untuk perlumbaan lain akan datang.
Ditanya adakah beliau ingin kembalik ke Mont Ventoux untuk Tour de France, Sosa menjawab sudah tentu. Pemain berusia 23 tahun itu juga mengesahkan beliau akan menbuat penampilan di Giro d’Italia bersama Bernal.
Namun dalam perkembangan sama, suasana pilu menyelubungi Gianni Savio dan pasukan Androni Giocattoli-Sidermec untuk melihat bekas anak didiknya sinar di Corsa Rosa setelah mereka tersingkir dalam proses pemilihan “wild card”.
Tour de la Provence berakhir pada Ahad dengan kayuhan sejauh 163km dari Avignon ke Salon-de-Provence. – Oleh Siti Zafirah Kamal