Oleh Muhammad Aiman
Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mahu pasukannya merampas kedudukan teratas 100 Plus Liga Premier dengan menewaskan pendahulu semasa, Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada Jumaat.
Negeri Sembilan dan Terengganu, kedua-duanya merekodkan permulaan sempurna dengan mencatat tiga kemenangan dari tiga perlawanan setakat ini justeru Irfan menuntut pemainnya mengekalkan momentum yang tercipta untuk menjadi pasukan pertama mencalar rekod bersih skuad hoben jang hoben musim ini. Â
Negeri Sembilan kendalian Asri Ninggal kembali ke puncak liga minggu lalu setelah menundukkan PDRM 2-1 manakala Terengganu pula melonjak ke tangga kedua dengan menundukkan Kuantan FA 2-0.
Pertengahan minggu baru-baru ini Negeri Sembilan menyingkirkan pasukan Liga Super, Selangor dari saingan Piala FA menerusi tendangan penalti sementara Terengganu melakar kemenangan 1-0 ke atas Felcra FC.
Bagi Irfan, âKita telah bermain tiga perlawanan liga dan satu perlawanan Piala FA dan menang kesemuanya, tetapi semua perlawanan itu adalah di tempat sendiri. Kali ini, kita akan menentang Negeri Sembilan di tempat mereka jadi sudah tentunya ia satu cabaran berbeza buat pemain-pemain saya.
âCuma saya selalu ingatkan pemain, main di tempat sendiri atau lawan, siapa pun lawan kita sama ada di atas kita atau di bawah kita, kita bermain untuk menang. Adalah penting untuk kami mengekalkan momentum selepas permulaan sempurna setakat ini dan saya yakin pemain berada dalam motivasi yang baik untuk menyahut cabaran tersebut,â ujar pengendali berusia 66 tahun itu. Â
Irfan juga memberi bayangan bahawa pemain import kelahiran Argentina, Federico Falcone yang tidak beraksi ketika menentang Felcra gara-gara kecederaan, akan kembali ke dalam skuad namun belum memutuskan sama ada pemain itu akan berada dalam kesebelasan utama atau simpanan.
Selain aksi Negeri Sembilan dan Terengganu, aksi 100 Plus Liga Premier lain yang berlangsung pada Jumaat adalah Perlis menentang PKNP, Kuala Lumpur berdepan PDRM, ATm melayan kunjungan Uitm FC, JDT menentang Sabah dan Kuantan FA menentang MISC-MIFA.