Gandingan pertama kali, Iskandar Zulkarnain-Nur Muhd Azriyn Ayup

Saingan Top Glove Purple League Pro -Am 2020 menyaksikan penguasaan pemain pemain pilihan yang mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.

Paling mencuri tumpuan adalah Iskandar Zulkarnain yang beraksi dalam acara bergu lelaki. Beliau bergandingan dengan Nur Muhd ​​Azriyn Ayup tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Ameer Amri Zulkarnain + Muhammad Syazmil Idhamn 3-1.

Iskandar dan Azriyn tewas diset pertama namun bangkit untuk memastikan kemenangan 10-11, 11-8, 11-6, 11-9 untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

Mereka yang turun dengan status pilihan ke 3/4 terus mempamer aksi cemerlang untuk mengisi slot empat terbaik selepas menundukkan gandingan Boon Xin Yuan+Yap Qar Siong dengan kemenangan 3-0 (11-6 11-8 11-4).

Di peringkat separuh akhir, Iskandar dan Azriyn akan menentang dua pemain profesional, Liew Daren-Soong Joo Ven.

Dua kemenangan yang diraih sekaligus memastikan Iskandar dan Azryin melangkah ke separuh akhir nyata tidak diduga memandangkan baharu digandingkan bersama.

“Ini adalah kerjasama pertama kami, dan masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Kami berharap untuk bermain dengan lebih baik dan mempunyai keyakinan untuk muncul juara,” kata Iskandar.

Azriyn pula mendedahkan pertandingan ini adalah yang pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah beraksi dalam suasana tanpa kehadiran penonton.

Azriyn juga akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan Iskandar serta mengenalpasti kekurangan sebelum turun beraksid di separuh akhir kerana

Liew Daren dan Soong Joo Ven adalah lawan yang kuat.

Gandingan Liew Daren-Soong Joo Ven nyata sukar digugat apabila berjaya menundukkan pilihan pertama kejohanan, Ahmad Maziri Mazlan-Mohd Arif Abdul Latif.

Daren dan Joo Ven memulakan aksi bergu lelaki dengan langkah kanan selepas menundukkan Tan Jia Wei+Tan Kok Xian 8-11, 11-9, 11-5, 11-8.

Mereka dipaksa bekerja keras dan bertarung lima set ketika menentang Ahmad Maziri Mazlan-Mohd Arif Abdul Latif .

Liew Daren dan Joo Ven bangkit daripada kekalahan di dua set pertama sekaligus menang kesemua tiga set berikutnya , 10-11, 5-11, 11-5, 11-8, 11-7 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

Song Joo Ven nyata puas dengan permainan yang dipamerkan sekaligus mara ke separuh akhir.

“Kami bukan pemain beregu. Walaupun kami mempunyai rakan dalam latihan, ini adalah kali pertama untuk pertandingan formal,”kata Song Joo Ven.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam kerjasama itu, bekas pemain kebangsaan Liew Daren mengatakan bahawa mereka semakin baik.

Meskipun diletak sebagai pilihan kejohanan mereka tetap merendah diri dan akan bersedia perlawanan demi perlawanan.

Dalam pada itu, bekas pemain bergu lelaki kebangsaan, Lim Khim Wah yang bergandingan Lee Jian Yi gagal meneruskan cabaran selepas tewas 2-3 ( 11-9, 6-11, 11-9, 2-11, 8-11) di tangan pilihan kedua kejohanan Shia Chun Kang-Wong Tien Ci.

Chun Kang-Tien Ci kemudiannya mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan Chen Ming Kang-Wong Chin Ming 3-0 (11-4,  11-9,  11-6).

Aksi separuh akhir, mereka akan berdepan pasangan Chung Kin Wai-Shaun Wong Yau Xiang yang menewaskan ‘gandingan Pulau Pinang’, Sim Fong Hau-Yeoh Seng Zoe diperingkat suku akhir hari ini.

- Advertisement -