Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain masih mengharapkan mampu untuk sembuh sepenuhnya sebelum kejohanan badminton terbuka Malaysia bermula april depan.
Iskandar mengalami kecederaan tumit ketika menyertai terbuka Switzerland minggu lalu ketika menentang pemain Indonesia, Muhammad Bayu Pangisthu di pusingan kedua.
Meskipun cedera, Iskandar tetap menjalani latihan dan memasang impian untuk beraksi di depan penyokong sendiri.
Kecederaan itu memaksanya untuk melupakan siri antarabangsa Poland dan Terbuka India yang sepatutnya menjadi penampilan sulung dalam kalendar Super Series.
“Kecederaan saya semakin baik ketika ini. Saya tidak memakai kasut untuk ketika ini dan rawatan yang diberikan sebelum ini membantu proses pemulihan tumit. Saya berjumpa dengan doktor untuk menilai tahap kecederaan dan cadangan untuk melakukan pembedahan bukan pilihan kerana ia memerlukan rehat sekurang kurangnya dua atau tiga hari,” kata Iskandar .
Kejohanan badminton terbuka Malaysia 2016 akan membuka saingan bermula 5 hingga 10 April di Stadium Melawati, Shah Alam.