Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengharapkan sokongan penuh daripada pemain pemain senior ketika digelanggang dalam misi memburu lot ke final Piala Thomas 2016.
Sepuluh hari latihan tertutup, Iskandar mengakui banyak mempelajari teknik selain memperbaiki kekurangan diri.
Malah, peluang untuk bermain selaku pemain perseorangan berbanding dua tahun lalu sedikit sebanyak member tekanan ke atasnya.
âTekanan memang ada sebab ini adalah permainan secara berpasukan dan antara kejohanan berpasukan besar di dunia. Saya harap pemain pemain senior boleh bantu saya untuk beri semangat ketika perlawanan.â
Malah, pemain pemain negara turut mendapat suntikan semangat apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan kata kata semangat ketika mengadakan pertemuan dengan kesemua pemain dan pegawai di Bukit Kiara baru baru ini.
Saingan Piala Thomas dan Uber 2016 akan memulakan saingan pada 15 Mei di Pusat Sukan Kunshan, Jiangshu, China.
Saingan Piala Thomas, Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama sama Korea Selatan, Jerman dan England.
Malaysia yang diletak selaku pilihan keenam dunia akan memulakan kempen memburu slot ke suku akhir berdepan England.