liew.daren

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain badminton perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Liew Darren antara enam wakil negara yang meneruskan perjuangan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton  Masters China semalam.

Iskandar mara ke pusingan kedua selepas mengatasi wakil tuan rumah, Zhu Siyuan 21-19, 21-19.

Turut mengiringi Iskandar adalah Liew Daren yang menewaskan Ye Binghong dari China dalam pertarungan tiga set, 21-18, 16-21, 21-15.

Pasangan bergu lelaki, Hoon Thien How, Kok Siang Teo turut mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan pasangan Taiwan, Shang Kai Lin, Lu CHing yao straight set 21-19, 21-15.

Bergu campuran Negara, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying juga menepati ramalan mara ke pusingan ketiga selepas menang ke atas gandingan Jepun, Kenta Kazuno, Ayane Kurihara straight set 21-18, 23-21.

Turut mengiringi Peng Soon, Liu Ying, satu lagi bergu campuran Negara, Tan Kia Meng, Lai Pei Jing yang menundukkan bergu Indonesia, Riky Widianto, Puspita Richi Dili 15-21, 21-18, 21-11.

Bergu wanita Negara, Vivian Hoo Kah Mun,  Woon Khe Wei juga mara ke pusingan seterusnya selepas menang ke atas bergu tuan rumah, Guo Xuyi, Liu Huijie straight set 21-12, 21-9.

- Advertisement -