Mohd Iskandar Raduan insisted that his recent CP130 podium was not due to pure luck and he looks forward to repeat the same feat in the penultimate round of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Jempol, Negeri Sembilan this weekend.

After a lacklustre season that saw him retire twice, Iskandar returned to the podium in Kangar having worked his way from second row to overpower PETRONAS supported riders, Mohd Taufiq Roslan and Ahmad Afif Amran to take third place.

He was undoubtedly helped by Norizman Ismail’s (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing’s) early crash in the opening lap but Iskandar insisted even without the commotion, he could have put up a strong fight against the frontrunners.

“It would have been better if we won or finished second in Kangar but as a small team, third means a great deal,” said Iskandar.

“People might say we got lucky but we put ourselves in that position in the first place. Yes we need some luck to succeed, but you should never rely solely on luck. Without the speed of the bike and the determination of the team, it would have been impossible to achieve good results,” he added.

Speaking about his targets this weekend, “Given the current speed of the bike, we can definitely fight for the podium during the race again but it depends if I can secure a good grid position during the qualifying. At the moment that is my main weakness and it puts me at a disadvantage against my competitors.”

Iskandar is currently ranked 13th overall in the CP130 standings with 43 points while Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) leads with 145 points.

 

BUKAN KEMENANGAN NASIB

Mohd Iskandar Raduan menegaskan podium yang diraih dalam saingan CP130 di Kangar, baru-baru ini bukan sekadar nasib dan dia bersedia untuk mengulanginya dalam saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

Selepas prestasi kurang konsisten termasuk dua kali gagal menamatkan perlumbaan, pelumba Yamalube AHM yang kembali beraksi ke kelas CP130 pada musim ini akhirnya berjaya meraih podium di tempat ketiga sekalipun sekadar bermula dari petak kelima.

Meskipun ia dibantu oleh insiden membabitkan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang terjatuh ketika sedang mendahului perlumbaan, Iskandar percaya ketika itu dia sememangnya berada dalam kondisi terbaik untuk memberikan cabaran sehingga ke garisan penamat.

“Mungkin ada yang bercakap saya hanya bernasib baik namun tanpa kerja keras pasukan dan juga faktor kelajuan jentera itu sendiri, tidak mungkin saya mampu menamatkan saingan di atas podium,” jelas Iskandar.

“Memang nasib juga memainkan peranan dan lebih manis jika dapat muncul juara ataupun di tempat kedua, namun melihat kepada prestasi saya dan pasukan sepanjang musim ini, keputusan itu sudah cukup baik buat kami semua,” jelas Iskandar.

Bercakap tentang perlumbaan minggu ini, Iskandar berkata, “Jika diukur kepada prestasi dan kelajuan jentera ketika di Kangar, tidak mustahil kami mampu untuk sekali lagi menaiki podium namun apa yang penting, saya perlu meraih kedudukan petak mula yang baik. Selalunya saya gagal memberi aksi terbaik pada sesi kelayakan dan ini menjadi kekurangan untuk saya berhadapan pencabar-pencabar lain,” jelasnya.

Berbaki dua pusingan sahaja lagi sebelum musim 2014 melabuhkan tirai, Iskandar kini berada di tangga ke-13 keseluruhan dengan 43 mata sambil Mohd Zaqhwan Zaidi selesa mendahului kedudukan dengan 145 mata diikuti Norizman kedua dengan 113 mata.

- Advertisement -