Oleh Ku Mohd Lufti
Dengan baki dua lagi kejohanan Super Series bakal melabuhkan tirainya sebelum menutup kalendar 2016 dengan final Super Series di Dubai, perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain mahu menamatkan musim ini dikedudukan 20 terbaik dunia.
Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan badan induk badminton dunia (BWF) Iskandar menghuni tangga ke 33 dunia dengan 37 289 mata dibelakang seorang lagi pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkifli.
Iskandar diletak selaku harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki di Terbuka China selepas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi kerana masih belum pulih daripada kecederaan.
Saingan di Terbuka China yang bertaraf Siri Super Premier pastinya bukan mudah bukan Iskandar Zulkarnain, namun tetap optimis untuk cuba melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.
Iskandar pelu mencapai sasaran tersebut untuk menambah mata sekaligus menaikkan rankingnya seperti yang disasarkan.
Selain Iskandar, turut sama menggalas tugas negara dalam perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkifli dan Zulhelmi Zulkifli.