Sudah tiba masanya untuk atlet-atlet negara menguruskan kerjaya professional mereka berdasarkan kepada laporan-laporan pakar dari Institut Sukan Negara (ISN).
Sambil menjadikan cara beberapa atlet berprofil tinggi menguruskan karier mereka sebagai contoh, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datoâ Dr. Mohd Khairi Zawi berkata atlet-atlet tidak boleh mengambil mudah sebarang laporan perubatan dari pakar demi memastikan survival karier sukan mereka untuk tempoh panjang.
âAdakalanya beberapa saranan dari pakar kita tidak popular untuk atlet mahupun masyarakat umum tetapi ini adalah diagnosis dari pakar. Sebagai contoh, Rafael Nadal (pemain tenis) bermain dengan baik dalam dua pusingan di Terbuka Perancis tahun lalu, pusingan ketiga doktor diagnos dia mengalami kecederaan dan dia tarik diri dari kejohanan yang begitu berprestij.
âBegitu juga Roger Federer tidak bermain separuh musim atas nasihat doktor dan kita lihat sendiri apa kesan atlet-atlet yang uruskan kerjaya berdasarkan laporan pakar. Tahun ini hampir kesemua kejohanan besar dimonopoli dua pemain ini.
âMemang adakala atlet akan mendapati beberapa nasihat atau cadangan nampak tidak sesuai, sebab semangat mereka yang sedang membara mahu beraksi dan mereka rasa mereka boleh lakukan. Mungkin mereka boleh bertanding malah boleh menang pingat, tapi keutamaan kita adalah kesihatan dan keselamatan jangka panjang mereka. Keputusan yang kita buat adalah berlandaskan matlamat tersebut,â kata Mohd Khairi.Â
Begitupun, Mohd Khairi berkata itu bukanlah bermakna atlet-atlet negara âdegilâ di dalam mengikut nasihat pakar sebaliknya menjelaskan 95 peratus daripada atlet yang menjalani rawatan pemulihan di ISN memahami dan bertindak berdasarkan nasihat yang telah diberikan kepada mereka.
Baru-baru ini, atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor meluahkan rasa kecewa setelah namanya digugurkan dari beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana laporan pakar ISN mengatakan atlet itu belum pulih sepenuhnya dari kecederaan otot paha kiri yang dialami ketika menjalani latihan di China dua bulan lalu.
Atlet kelahiran Terengganu itu berpendapat dia sudahpun berada dalam keadaan terbaik malah cuba membuktikannya dengan mengangkat beban seberat 200 kilogram ketika menjalani latihan di Bukit Jalil dan memuatnaik video sesi latihan itu ke dalam facebook miliknya.
Dalam pada itu, Mohd Khairi ketika ditanya mengenai tahap pemulihan atlet-atlet yang akan mengalas cabaran di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menyatakan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan dan kesemua atlet yang disasar menyumbang pingat termasuk Goh Jin Wei akan pulih tepat pada waktunya.
Mohd Khairi ditemui pemberita selepas hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara ISN, Yakult Malaysia, Monash University Malaysia dan UMP Consultancy & Training Sdn Bhd di Hotel Marriot Putrajaya pada Khamis. – OLEH MUHAMMAD AIMAN