Oleh Ku Mohd Lufti
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyelesaikan janji mereka memberi elaun bulanan kepada skuad negara yang menjuarai acara lebuh raya Sukan SEA 2015.
Khairy berkata elaun itu dijanjikan PKBM kepada skuad itu selepas kejayaan mendapatkan pingat emas acara lepas beramai-ramai di Singapura.
“PKBM perlu selesaikan masalah tersebut ini janji PKBM, bukan MSN (Majlis Sukan Negara. Namun saya akan pastikan dan akan turut membantu dalam mencari penyelesaian dalam isu ini,” kata Khairy.
Khairy juga menjelaskan telahpun menghubungi Harrif Salleh untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Adiq Hussainie Othman dan rakan rakannya mendakwa PKBM masih belum melunaskan janji untuk memberi elaun bulanan rentetan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura.
Namun PKBM menyangkal dakwaan Adiq dan menunding jari, MSN yang sepatutnya menjelaskan bayaran elaun tersebut.
Tambah Khairy, polisi pemberian elaun yang ditetapkan oleh MSN hanya kepada atlet yang bukan bertaraf profesional dan beraksi untuk pasukan profesional.
TSG telahpun mengambil langkah drastik mengadakan perbincangan dengan pelumba pelumba untuk menyelesaikan isu tersebut.Â