Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) enggan mendedahkan nama tiga atlet yang gagal dalam ujian doping yang telah dijalankan badan induk angkat berat dunia (IWF) sehingga keputusan ujian sampel B diketahui.
Namun, IWF telahpun mendedahkan nama ketiga tiga atlet negara tersebut.
Menerusi ruangan berita dibawah kolum berita anti doping yang dikeluarkan pada 15 Mei lalu, (http://www.iwf.net/category/anti-doping-news/), tiga atlet tersebut adalah Muhd Hakimie Haikal Nordin, Muhd Zaidi Nordin dan Ronny Jesos.
IWF mengesahkan ketiga tiga atlet negara menggunakan bahan Stanozol dan berada di dalam kategori ejen anabolik S1.1
Mereka juga telah pun menjalani hukuman penggantungan sementara menanti penilaian kerana melanggar undang undang anti doping.
IWF juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung kes ini sementara menanti kes ini selesai sepenuhnya.