Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) menggantung Persekutuan Angkat Berat Malaysia dan Persatuan Angkat Berat Amatur Thailand (TAWA) susulan kes doping melibatkan atlet kedua dua persatuan itu.

Keputusan itu dibuat selepas panel bebas IWF, Independent Member Federation Sanctions Panel (IMFSP) membuat penilaian berdasarkan bukti bukti yang ada sebelum mencadangkan sekatan displin kepada PABM dan TAWA.

Panel IMFSP yang dibentuk selepas diluluskan oleh Badan Eksekutif IWF pada 2018 mempunyai hak tunggal untuk mengenakan sebarang sekatan ke atas mana mana badan persekutuan selaras dengan Artikel 12 Polisi Anto Doping IWF untuk memastikan ketelusan badan itu.

PABM digantung selama 12 bulan oleh IWF sehingga 1 April 2021. Ia sekaligus menyaksikan atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan atau melibatkan diri dengan mana mana pertandingan atau kejohanan dalam dan antarabangsa sepanjang tempoh itu.

Lebih malang, Malaysia juga sah tidak akan mengambil bahagian di pentas Olimpik Tokyo 2020 yang dijadual berlangsung pada penghujung Julai 2021.

Walaubagaimanapun, IWF bersedia untuk mempertimbang semula keputusan penggantungan selama 12 bulan dan ditarik seawal Oktober 2020 andai PABM berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Keputusan penggantungan telahpun dimaklumkan oleh IMFSP kepada PABM pada 1 April lalu dan mempunyai tempoh 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Pihak IMFSP juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tempoh rayuan tamat.

Sementara TAWA pula, dikenakan penggantungan keahlian selama tiga tajun sehingga 1 April 2023 dan tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan IWF seoanjang tempoh penggantungan.

Tempoh penggantungan juga boleh dikurangkan samada pada atau selepas 7 Mac 2022 jika IWF berpuas hati dengan perkembangan semasa TAWA.

IWF juga mengenakan hukuman denda US 200 000, separuh bagi penalti diatas kesalahan dan separuh lagi pula untuk menampung kos yang dikeluarkan oleh IWF untuk menjalankan ujian ke atas atlet persatuan itu.

 

- Advertisement -