Atrket baling tukul besi negara, Jackie Wong disah positif Covid 19 meskioun telah menjalani rawatan dan tempoh pengasingan di Hospital Sibu, Sarawak.
Beliau yang disahkan positif pertama kali pada 16 Mac lalu mengesahkan ujian terkini yang dijalankan adalah positif
Namun, beliau tidak meunjukkan sebarang tanda tanda jangkitan yang semakin serius kerana gejala gejala utama seperti batuk dan selsema semakin berkurangan, hanya sedikit keresahan susulan penyakit asma yang dihidapinya namun Jackie tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.
Jackie juga menjelaskan ujian sudah dijalankan samada tujuh atau lapan kali namun keputusan yang diperolehi pada tengah hari semalam adalah positif.
Beliau menjadi atlet negara pertama disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti menerusi bapanya yang turut disahkan positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital sama.
Tambahnya lagi, ujian akan diteruskan sehingga keputusan negatif diperolehi sebanyak dua kali sekaligus dibenarkan keluar daripada hospital.
Keputusan sampel ujian kali ketiga Jackie pada 28 Mac menunjukkan keputusan negatif, namun beliau terpaksa melupakan hasrat pulang ke rumah selepas ujian kali keempat pada 30 Mac didapati positif.