Dua perkhabaran gembira terhasil pada hari ini melibatkan kem badminton negara dimana empat wakil negara bertarung di Kejohanan badminton Antarabangsa Syed Modi 2022 yang berlangsung di India dan Terbuka Sweeden.
Aksi final Antarabangsa Syed Modi menyaksikan dua bergu negara muncul juara selepas menundukkan lawang masing masing di pentas final.
Bergu wanita, Anna Cheong Ching Yik – Teoh Mei Xing melakar kejutan ke atas pilihan ketujuh tuan rumah, Treesa Jolly – Gayatri Gopichand Pullela straight set 21-12, 21-13 untuk kejuaraan pertama mereka tahun ini.
Kejayaan Anna – Mei Xing turut diekori pasangan bergu lelaki Man Wei Chong – Tee Kai Wun yang turun selaku pilihan kelapan selepas menundukkan pilihan keenam tuan rumah, Krishna Prasad Garaga – Vishnuvardhan Goud Panjala juga dengan kemenangan straight set 21-18, 21-15.
Di Sweeden, perseorangan lelaki, Jacky Kok Jing Hong mengesahkan status selaku juara selepas lawannya yang juga pemain negara, Yeoh Seng Zoe menarik diri.
Nasib berbeza buat bergu lelaki negara, Chia Weijie – Low Hang Yee apabila kecundang straight set 13-21, 21-23 kepada gandingan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta – Andy Kwek Jun Liang.