Jurulatih skuad Bawah-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mahu skuadnya kekal fokus dengan latihan terakhir sebelum menjelang Sukan SEA tanpa memandang rendah terhadap kesemua pasukan lawan.
Pasukan negara bakal menghadapi Brunei untuk perlawan pertama pada Isnin ini 14 Ogos 2017 dan ianya merupakan perlawanan penting untuk melayakkan skuad negara layak ke pusingan seterusnya.
Brunei bukanlah pasukan yang digeruni oleh skuad negara seperti Vietnam dan Thailand namun mereka mungkin mampu memberi kejutan tidak berjaga-jaga.
“Kita tidak boleh leka dan ambil mudah terhadap mana mana perlawanan. Baru-baru ini Brunei hanya kali tipis dengan Australia 2-0 di Piala AFC 2017. Ini menunjukkan prestasi mereka semakin meningkat,” jelas Kim Swee.
“Kita mempunyai satu lagi sesi latihan sebelum menghadapi Brunei Isnin nanti. Saya tidak memikirkan jumlah jaringan tetapi saya amat pentingkan kita mendapat 3 mata setiap kali kita turun bermain.”
Dalam pada itu, Kim Swee juga mengumumkan 20 senarai akhir pemain skuad bawah 22 tahun serta senarai 8 pemain yang digugurkan dari skuad negara itu di Concorde Hotel pada hari Sabtu 12 Ogos 2017. – OLEH WANIE JEMAIN