Oleh Ku Mohd Lufti

Kemenangan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2017 hanya satu permulaan buat pasukan Negeri Sembilan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan kemenagan ke atas Sabah Jumaat lepas merupakan satu permulaan yang baik.

Namun pada masa yang sama, Mohamad tidak mahu pemain dan pengurusan terus dibuai mimpi kemenangan tersebut.

“Kalau kita mempunyai sikap mahu menang, saya yakin kita boleh berjaya. Saya juga mengingatkan pemain supaya jangan ada sikap sombong dan terlampau yakin kerana kita juga kena hormat lawan kita.

“Yang penting ialah kita bermain dengan keyakinan untuk menang,” kata Hasan.

Skuad Jang melakukan pembaharuan khususnya pemain import dengan menandatangani Bruno Suzuki Castan Heira dari Jepun, Marko Simic dari Croatia, Lee Andrew Tuck dari England dan Nemanja Vidic dari Serbia.

Mohd Asri Ninggal pula diberi peranan sebagai pengendali Negeri Sembilan manakala Jorg Peter Steinebruner yang merupakan bekas jurulatih Kelab dari Indonesia, Medan Chiefs memegang peranan sebagai Pengarah Teknikal.

Negeri Sembilan akan meneruskan saingan berdepan UiTM FC pada Khamis digelanggang lawan sebelum melayan kunjungan PKNP pada 3 Februari.

- Advertisement -