tunku.imran

Oleh Ku Mohd Lufti

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menegaskan agar tidak mencampur adukkan diantara politik dan sukan.

“Sukan melibatkan elemen ‘fairplay’ dan menghormati undang undang, pemain atau pasukan lawan serta rakan sepasukan, anda tidak boleh mencampurkan elemen politik dan hal hal keagamaan dalam sukan.“Kata Tan Sri Tunku Imran Tuanku  Jaafar yang hadir di Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia ke 180 di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, andai kedua dua elemen ini atau salah satu daripadanya dicampurkan dalam sukan, ia pasti akan memberi impak yang negatif sekaligus mampu menjejaskan keharmonian pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Tunku Imran turut mengesahkan Myanmar akan turut serta di Temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 nanti.

“Sudah tentu tidak, mereka (Myanmar) tidak menarik diri. Perkara ini sangat penting, agar elemen politik dan sukan tidak dicampurkan,” katanya lagi.

- Advertisement -