Selesai proses naturalisasi, Jay Idzes bersama Thom Haye, mengunjungi Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.
“Ia besar, saya tidak sabar untuk bermain di sini,” kata Jay.
Tambah Thom: “Stadium yang bagus, sama seperti Jay, saya tidak sabar untuk ke di sini bersama pasukan kebangsaan Indonesia.”
Seperti diketahui umum, Jay secara resmi menjadi warga negara Indonesia, setelah mengangkat sumpah setia Indonesia di Kementerian Hukum dan HAM pada Khamis.
Bagi Thom, dia sedang menjalani proses naturalisasi, dimana beliau juga menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital di Jawa Barat.
Jika semuanya berjalan lancar, maka kedua-dua Thom dan Jay boleh bermain bersama dalam pasukan kebangsaan Indonesia.