Dalam usaha mencungkil lebih ramai bakat dalam sukan berbasikal khususnya dari peringkat akar umbi, Majlis Sukan Negara mengambil inisiatif menganjurkan sirkit kriterium sukan berbasikal di seluruh negara yang dinamakan Junior Cycling Malaysia (JCM).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata inisiatif itu adalah berdasarkan pelan pembangunan sukan yang telah dilancarkan pada tahun lalu.
Tambahnya, pelaksanaan Program Pembangunan Remaja Sukan Berbasikal ini akan menggunapakai konsep yang dilaksanakan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan sasaran untuk melahirkan sekumpulan atlet berbasikal remaja secara konsisten.
âDengan adanya program JCM ini, ianya meluaskan lagi tapak penyertaan buat sukan berbasikal. Inilah masanya buat anak-anak muda, seawal usia 8 atau 9 tahun yang gemar berbasikal menonjolkan bakat mereka. Yang mana ada potensi, kita pantau dan akan serap ke dalam program-program di bawah MSN seperti Program Negeri, Program Serantau, Pelapis Kebangsaan dan seterusnya ke peringkat elit.â
âKita mahukan wujudkan lebih ramai pelumba yang kompetitif dalam tempoh 5 â 10 tahun akan datang, baik di trek mahupun lebuhraya. Kita mahu lebih ramai Azizulhasni (Awang) dan Fatehah (Mustafa) dan tidak mustahil kita dapat lahirkan pemenang emas olimpik menerusi program ini,â kata Khairy pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus terakhir bagi penggal ke-19 MSN.
Program JCM yang pertama iaitu JCM Kriterium â Serdang akan berlangsung pada 9 April depan manakala yang terakhir dijadual berlangsung pada 18 Disember di Sabah.
Sementara itu, MSN pada Selasa turut memeterai memorandum persefahaman bersama UNITAR International University bagi menjalankan kerjasama di dalam program pembangunan bakat dan menyediakan akses pendidikan tinggi untuk atlet di bawah naungannya.
Melalui kerjasama ini, UNITAR bersetuju untuk menawarkan Program Pendidikan BTEC (Business & Technology Education Council) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan industri dengan kuota 50 pelajar yang akan menelan belanja sebanyak RM 400,000.00 secara percuma.
Majlis Menandatangani MOU ini disempurnakan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail manakala UNITAR diwakili Naib Canselor, Professor Madya Dr.Sakina Sofia Baharom disaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datoâ Lokman Hakim Ali. Â
Khairy berkata MOU ini adalah sebahagian daripada program âPendidikan Karier Atlet Malaysiaâ (MACE) yang bertujuan menyediakan platform, peluang serta program-program yang akan dijadikan sebagai asas dalam memberi keyakinan kepada atlet negara dari segi jaminan masa depan mereka.
Menurutnya lagi, ini adalah usaha baru menerusi kerjasama MSN, Majlis Olimpik Malaysia dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan di mana selain bekerjasama dengan universiti, Institut Kemahiran Tinggi, Institut Kemahiran Awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sebagainya, mereka turut memperhalusi proposal dari syarikat-syarikat kewangan untuk melihat skim terbaik yang boleh dikemukakan untuk simpanan masa depan atlet.