Juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul sah akan menggunakan pemain kelahiran Brazil, Camilo Da Silva Sanvezzo bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang akan kembali semula beraksi untuk kelab liga Thailand, BG Pathum United selepas tamat saingan Piala Malaysia.

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Camilo yang beraksi di liga Mexico untuk kelab Tijuana, telah lama ‘diperhatikan’ sebelum ini.

Namun atas faktor kewangan yang terhad, hasrat untuk membawa pemain berusia 32 tahun itu belum tercapai.

Impian itu akhirnya menjadi kenyataan pada tahun depan dimana proses untuk mendapatkan Camilo hampir selesai. 

Tunku Ismail juga mengesahkan pemain tengah Felda United FC Muhd Daniel Amir Norhisham akan turut menyarung jersi JDT.

Dalam pada itu, JDT turut mengumumkan Pengurus pasukan, Luciano Figueroa tidak akan meneruskan tugasnya bersama Harimau Selatan selepas memutuskan untuk kembali ke Argentina atas urusan keluarga.

Penampilan sejak 2014 sebagai pemain dengan rekod 43 jaringan gol dan 14 ‘assist’ dalam 71 perlawanan sehinggalah dilantik sebagai pengurus sekaligus memastikan JDT menjulang empat trofi Liga Super, tiga kejuaraan Piala Sumbangsih serta juara Piala Malaysia 2019.

Kemuncak kejayaan Luciano adalah memastikan JDT menaiki podium selbagai juara Piala AFC pada 2015.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta para penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus.

“Saya pergi dengan penuh kenangan manis dan saya amat terharu dengan penamaan sebuah ‘stand’ di Stadium Sultan Ibrahim bersempena nama saya.

“Ia sebuah perjalanan yang indah, memenangi banyak piala dan menjalin banyak hubungan rakan-rakan baharu yang kini saya panggil keluarga.

“Saya percaya Benjamin Mora, yang merupakan sebahagian kunci utama kejayaan JDT dalam pelbagai cara di belakang tabir baru-baru ini, Pengarah Teknikal, Pengarah Sukan dan tentu sekali DYAM Tunku Mahkota Johor akan terus membawa kejayaan kepada kelab,”kata Luciano Figueroa menerusi laman sosial facebook Johor Southern Tigers.

Tugas Luciaono akan dipegang Benjamin Mora.

- Advertisement -