Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Takzim mengumumkan pemain import baharu kelab itu yang merupakan bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez.

Pemain kelahiran Sepanyol berusia 31 tahun itu pernah digandingkan bersama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo di Real Madrid selain turut menyarung jersi beberapa kelab besar dan divisyen tertinggi. 

Antaranya bersama kelab Ligue 1 Perancis, Paris St Germain, Sampdoria (Serie A Itali), dan Stoke City dan, namun beliau dilaporkan tidak menyertai mana-mana kelab selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba pada Januari lepas. 

JDT sebelum ini telah mengikat beberapa pemain baharu antaranya Jorge Obregon, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena dan Eddy Israfilov yang membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam pada itu, Aksi Liga Super diantara tuan rumah, Perak FC dan JDT yang sepatutnya dilangsungkan pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan selepas keadaan padang yang tidak sesuai di Stadium Ipoh, Perak susulan hujan lebat.

- Advertisement -