Oleh Muhammad Aiman
Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez telah memacu pasukannya menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan unggul selaku pendahulu semasa Liga Super bagi musim ini.
Namun pengendali dari Jerman itu tidak bersedia untuk mendabik dada apabila pasukannya bertandang ke Kuching untuk pertemuan menentang Sarawak pada Jumaat, membawa misi mengukuhkan cengkaman di tangga teratas tatkala dia mengakui tekanan saingan Liga Malaysia semakin dirasai.Â
Gomez menyaksikan pasukannya seri dalam dua daripada tiga perlawanan pertama setelah saingan Liga M kembali bersambung pada 12 Julai lalu â kedua-duanya menyaksikan JDT melepaskan gol minit akhir kepada PKNS Selangor dan PDRM.
Justeru dia berpendapat cabaran Bujang Senang yang menunjukkan peningkatan di bawah bimbingan David Usop tidak boleh dipandang enteng dan mahu barisan pemainnya memberi fokus penuh dalam
âApabila berada di puncak, semua pasukan mahu tewaskan anda dan lihat anda jatuh, mereka akan manfaatkan sekecil-kecil kesilapan yang dilakukan jadi kami perlu untuk berhati-hati. Kami sedang mengharungi jadual Liga-M yang cukup padat dan pemain perlu mengikut perancangan taktikal yang telah diatur untuk terus mempertahan kedudukan selaku pendahulu, bermula dengan perlawanan menentang Sarawak ini.
âSaya telah mengingatkan pemain saya untuk mengambil serius ancaman dari penyerang Sarawak iaitu Ndumba Makeche dan Gilmar Filho, selain turut mengawasi pergerakan pemain tengah mereka Junior (Aparecido).â
Ketika aksi pusingan pertama Liga Super di Larkin pada 20 April lalu, JDT menundukkan Sarawak 5-3 menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio, Juan Martin Lucero, Fazly Mazlan dan gol sendiri kapten Sarawak Shahrol Saperi.
Untuk perlawanan malam ini, skuad Harimau Selatan akan menurunkan semula tiga pemain import iaitu Diaz, Lucero dan Marcos yang direhatkan ketika seri menentang PDRM pada Selasa lalu, namun mereka akan kehilangan khidmat pemain tengah Singapura, Hariss Haun yang menjalani penggantungan perlawanan.
Setelah 13 perlawanan, JDT satu-satunya pasukan belum tewas dan mendahului liga dengan 33 mata, mengatasi pasukan tangga kedua Felda United dengan hanya dua mata manakala Selangor di tangga ketiga, ketinggalan jauh setelah mengumpul 25 mata.
Sarawak pula yang menamatkan pusingan pertama di kedudukan tercorot, berada di tangga kesembilan dengan 12 mata.