Buat pertama kalinya dalam saingan Liga Malaysia akan menyaksikan pemain import dari dua pasukan terkuat benua Asia ā Jepun dan Korea Selatan ā digandingkan bagi mengemudi jentera tengah pasukan.
Selepas mendapatkan khidmat pemain kelahiran Jepun, Shunsuke Nakatake dari Kuantan FA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbingan Zulhamizan Zakaria merekrut seorang lagi pemain dari bekas pasukan pengendali itu, Sim Woon Sub bagi memperkasakan persiapan menghadapi 100PLUS Liga Premier 2018. Ā
āDua pemain ini pernah bermain di bawah bimbingan saya sebelum ini di Kuantan, masing-masing berpengalaman berganding bersama dan ini akan memudahkan mereka lebih cepat serasi dan memupuk persefahaman.
āMereka tahu cara latihan saya dan apa yang saya inginkan, malah agak versatile, tidak hanya bermain di satu posisi. Jadi sudah tentu kehadiran mereka ini dapat memantapkan skuad PDRM. Kini tumpuan saya adalah mencari pemain import bagi menggalas tanggungjawab sebagai penyerang,ā kata Zulhamizan.
Zulhamizan yang baru kembali dari penggantungan tujuh bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada penghujung Oktober lalu, dilantik sebagai pengendali PDRM bermula November sebagai menggantikan Fauzi Pilus.
Menurut wira Piala Malaysia Pahang 1992 itu, dia akan menguji dua penyerang import dari Brazil dalam aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis ini dan sekiranya berjaya memikat panel kejurulatihan mereka akan diambil beraksi bersama PDRM.
2017 menyaksikan PDRM tidak melalui musim yang membanggakan apabila sekadar menduduki tangga kelapan Liga Super dan tersingkir seawal pusingan kedua Piala FA.OLEH MUHD AIMANĀ
Ā Ā