Jepun tampak resah dengan status penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadual berlangsung pada Julai tahun depan.

Ia susulan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia sejak Februari lalu ditambah dengan situasi semasa yang tampak masih belum menampakkan sebarang tanda tanda ia akan berakhir.

Saintis yang pernah menjadi penasihat kepada pihak berkuasa Jepun, Kantaro Iwata berpendapat, penganjuran Olimpik Jepun tampak sukar untuk dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa.

Kehadiran wakil wakil daripada negara di serata dunia ke Tokyo 2020 tampak meragukan kerana situasi semasa yang tidak konsisten bukan sahaja pada hari ini, malah ia dijangka berlarutan sehingga tahun depan.

24 Mac lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan Sukan Olimpim Tokyo 2020 yang sepatutnya dilangsungkan pada Julai depan ditunda ke 2021 pada bulan yang sama susulan pandemik Covid 19.

Jepun memutuskan Oktober sebagai tempoh pengesahan akhir samada meneruskan atau membatalkan Tokyo 2020.

 

- Advertisement -