Kesatuan Ragbi Kedah(KRK) di antara pasukan ragbi memperkenalkan jersi baharu mereka bagi mengharungi kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-35 yang telah bermula pada 29 Julai 2017. Tampil dalam dua warna bercorakkan bunga padi di mana jersi warna hijau akan digunakan untuk berentap di laman sendiri manakala set warna hitam akan digunakan ketika berkunjung di tempat lawan.
Syarikat pengeluar jersi jenama tempatan; Tackle Asia melalui jenama Tackle telah diberi kepercayaan membekalkan jersi-jersi berkualiti ini kepada KRK. Jenama Tackle diasaskan sejak tahun 2012 mula mendapat permintaan ramai tidak terhad kepada sukan ragbi sahaja oleh kerana kualiti setanding dengan jenama terkenal yang lain.
Sebelum ini Tackle Asia juga pernah mendapat kepercayaan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia untuk menaja semua pasukan ragbi Malaysia di pentas antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Bagi para peminat yang ingin mendapatkan replika jersi ini pada harga RM70 bolehlah menghubungi pihak Tackle Asia melalui laman Facebook – https://www.facebook.com/tackleasia dan Instagram – https://www.instagram.com/tackleasia/