Saingan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS Divisyen 1 Pusingan 1 semakin rancak apabila 16 pemain telah mengesahkan slot ke suku akhir bagi saingan bawah 12, 14 dan 16 tahun.
Tuan rumah Selangor tampak tidak mengecewakan menerusi perseorangan lelaki B16, Kok Jia Zheng yang mengetuai empat pemain tuan rumah ke suku akhir.
Jia Zheng yang juga pilihan pertama dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan wakil Pulau Pinang, Darrel Chew Sen Xian dalam pertarungan tiga set, 21-17, 12-21, 21-16.
“Meskipun tidak menjalani sesi pemanas badan dengan baik, saya berjaya untuk menang di set pertama. Tetapi di set kedua, agak kepenatan dan hanya bertahan sebaik mungkin.
“Di set penentuan, permainan saya tidak goyah dan berjaya untuk memenanginya. Tidak mustahil untuk saya meletakkan sasaran untuk ke final dan memenangi perlawanan ini,” kata Jia Zheng.
Menanti di pentas suku akhir adalah Wee Yee Hern dari Johor yang menundukkan Muhd Haziq Mohd Najib straight set 21-5, 21-15.
Mengikuti jejak Jia Zheng, rakan sepasukannya Denish Iskanda Mohd Fairus yang menang ke atas Chua Gun Yang dari Sabah 14-21, 21-19, 21-9 dan akan berdepan pilihan ke 3 / 4, Daniel Edry Elvestly dari Sabah di suku akhir.
Sementara itu, pilihan kedua dari Johor, Muhd Ariffin Nazri Md Zakaria turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan Lee Chen Xi dari Pulau Pinang straight set 21-13, 21-18.
Dalam acara perseorangan perempuan bawah 16 tahun, pilihan pertama dari Sabah, Goh Shuen Tong menepati ramalan ke suku akhir selepas menang ke atas Chong Kei Wee dari Johor 21-15, 21-5.
“Saya tidak bermain dengan baik walaupun menang dan banyak melakukan kesilapan mudah sekaligus memberikan mata mudah kepada lawan di set pertama. Tetapi permainan saya bertambah yakin di set kedua dan tidak memberi peluang mudah kepada lawan.
“Menggalas tugas selaku perseorangan wanita utama untuk Sabah bukan tugas mudah tetapi apa yang telah dilakukan oleh senior, Arena Satu Samin sebelum ini akan saya cuba laksanakan dengan sebaik mungkin,”kata Shuen Tong.
Beliau dijadual berdepan pemain dari Kedah Sahanna Applanaidu untuk memburu slot ke separuh akhir.
Perjalanan Shuen Tong turut diekori rapat pilihan kedua, Ler Yee Huey yang turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menang ke atas wakil tuan rumah, Shankar Hannah Teoh straight set 21-14, 21-19.
“Lawan memberikan tentangan sengit diawal permainan, selepas itu, saya mengawal perlawanan di kedua dua set. Sasaran final adalah matlamat peribadi tetapi saya tidak mahu pandang ringan pihak lawan,” kata Yee Huey.
Pemain tuan rumah yang diletak selaku pilihan 3 / 4, Sik Xiao Hui turut mengisi slot lapan terbaik selepas menang ke atas rakan sepasukan Joinins Clay Shervina straight set 21-18, 21-15 dan akan berdepan satu lagi rakan sepasukan, Selina Lor Hor Yan.
Saingan bagi Divisyen 2 yang berlangsung di Kuantan, pemain pemain pilihan mengisi slot empat terbaik selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di suku akhir.
Perseorangan lelaki B16, Ting Wen Xuan dari Kuala Lumpur tidka berdepan masalah untuk menundukkan Ong Zheng Hao dari Perak dengan kemenangan straight set 21-16, 21-9 dan akan berdepan pilihan 3 / 4, Sie Zi Lok dari Negeri Sembilan yang mengatasi Ng Jhi Hao dari Perak straight set 21-16, 21-17.
Pilihan kedua, King Kien Hwa turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menang 21-17, 21-10 ke atas pemain Melaka, Hao Sean Moh Zheng.
Perseorangan perempuan B16 pula menyaksikan pilihan pertama, Amanda Yap Hwa Leng dari Kuala Lumpur menepati ramalan ke separuh akhir selepas dipaksa bertarung tiga set untuk menundukkan pemain N Sembilan, Pon Jia Yen 21-16, 17-21, 21-14.
Mengikuti jejak Amanda adalah pilihan kedua dari N Sembilan, Chew Tze Teng yang menang straight set ke atas wakil Melaka, Tan How Siang 21-15, 21-11.
Di Putrajaya, aksi melibatkan Divisyen 3 memperlihatkan kejutan berlaku di pusingan kedua dalam acara perseorangan lelaki B16 dimana pemain tuan rumah yang juga pilihan kedua Adam Danish Azhar kecundang di tangan pemain bukan pilihan dari Kelantan, Kang Wai Shern straight set 21-11, 21-16.
Rakan sepasukan Wai Shern yang juga pilihan pertama, Goo Vie Keat turut melakar kemenangan ke atas Lee Wen Chiang straight set 21-7, 21-8 untuk mara ke suku akhir.
Perseorangan perempuan B16 turut menyaksikan kejutan berlaku ke atas pilihan kedua, Nur Fatin Ezzaty M Kamal Razaman yang ditunjukkan jalan keluar oleh Lee Zi Suen dari Sarawak 21-10, 21-15 di peringkat suku akhir.
Pilihan pertama, Audrey Vanessa Chee meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir selepas tidak berdepan masalah untuk menang ke atas wakil tuan rumah, Ang Kai Lynn 21-8, 21-3.