Oleh Ku Mohd Lufti
Empat wakil bergu lelaki negara mengesahkan slot ke pusingan kedua Kejohanan Badminton SCG Terbuka Thailand semalam.
Ong Yew Sin â Teo Ei Yi mengatasi gandingan tuan rumah, Songphon Anugritayawon â Pakkawat Vilailak dengan kemenangan straight set 21-19, 21-14 dalam masa 32 minit.
Mengekori jejak Yew Sin dan Ei Yi adalah Lim Khim Wah â Ong Jian Guo yang melakar kemenangan ke atas pasangan Taiwan, Liao Kuan HaoLu Chia Pin juga dengan kemenangan straight set 21-18, 21-12.
Hoon Tien How â Teo Kok Siang yang diletak selaku pilihan keenam kejohanan turut melangkah ke pusingan kedua selepas menang ke atas satu lagi pasangan dari Taiwan, Chang Ko Chi â Liang Jui Wei 21-10, 21-19.
Manakala Lee Jian Yee â Lim Zheng Tim menjadi bergu keempat negara mara ke pusingan kedua selepas menang ke atas gandingan Indonesia, Didit juang â Ricky Alvarino Sidarta 21-12, 21-11.
Malang tidak berbau buat bekas bergu nombor satu dunia, Koo Kien Keat â Tan Boon Heong apabila terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada Takato Inoue â Yuki Kaneko dari Jepun 20-22, 21-19, 15-21.
Chow Mei Kuan â Lee Meng Yean menjadi wakil tunggal dalam acara bergu wanita selepas menang ke atas gandingan Hong Kong, Ng Wing Yun â Yuen Sin Ying 21-18, 21-15.
Dalam aksi bergu campuran, wakil tunggal, Tan Kian Meng â Lai Pei Jing yang diletak selaku pilihan ketiga bangkit daripada ketinggalan sebelum menundukkan Hiski Rumengan â Rofahadah Supriadi Putri dari Indonesia 8-21, 22-20, 21-18.
Tee Jing Yee pula antara tiga wakil bagi perseorangan wanita yang melangkah ke pusingan kedua.
Diletak selaku pilihan keenam Jing Yi memerlukan 41 minit sebelum mengesahkan kemenangan straight set 22-20, 21-8 ke atas wakil Indonesia, Rusydina Antardayu Riodingin.
Perseorangan kedua negara, Goh Jin Wei turut mara selepas menang ke atas seorang lagi wakil Indonesia, Hana Ramadhini 21-15, 21-10.
Pemain muda negara, Ho Yen Mei turut mengikuti jejak Jing Yi dan Jin Wei selepas menang ke atas Chiang Mei Hui dari Taiwan 16-21, 21-19, 21-18.
Perseorangan lelaki pula menyaksikan pilihan ke 12, Chong Wei Feng mara ke pusingan ketiga selepas menang ke atas Noppanai Singrueang dari Thailand 21-18, 21-19.
Turut mara adalah Liew Darren yang menang ke atas Shih Kuei Chun dari Taiwan 21-14, 21-15.