PERSAINGAN merebut gelaran naib johan temasya SUKMA XX MSN 2022 memuncak membabitkan Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang dibezakan dengan empat emas selepas 12 hari pertandingan.Ā
Ketika Johor sudah jauh di depan dengan 74 emas dan hanya menungggu masa untuk dinobat secara rasmi sebagai juara keseluruhan, perhatian terarah kepada pertembungan Terengganu yang kini di tangga kedua keseluruhan denganĀ Ā 57 emas manakala Wilayah Persekutuan pada kedudukan ketiga keseluruhan dengan 53 emas.Ā
Selangor dan Sabah pula terikat pada kedudukan ke-4 dan ke-5 dengan 30 emas manakala Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing terikat dengan 28 emas keseluruhan.
Pelayaran menjadi lubuk emas buat Terengganu dalam saingan hari ini dengan enam pingat emas dalam manakala tinju menyumbang 3 emas, berbasikal MTB downholl 2 emas, tenis (2) dan angkat berat (1) dan petanque (1).Ā
Wilayah Persekutuan seharusnya berterima kasih kepada Gimnastik Berirama, khususnya gimas terbaik mereka Valerie Ng dan Lezane Tan yang masing-masing meraIH dua emas untuk membantu kontinjen menyapu kesemua lima emas.Ā
Satu emas diraih menerusi kanu Slalom K1 Wanita, renang dua emas, pencak silat, menembak dan angkat berat satu emas.Ā
Johor pula terus gah di puncak, memulakan saingan hari ke-11 dengan 69 emas dan mengakhiri saingan hari ini dengan koleksi 19 emas lagi.Ā
Dalam pada itu, Terengganu memastikan emas keramat bola sepak milik mereka selepas menundukkan Pulau Pinang 2-0 dalam saingan final yang berlangsung sengit di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini. Ia sekaligus menamatkan penantian 12 tahun Terengganu untuk memiliki emas bolasepak SUKMA.Ā Ā
Sementara itu, kem hoki Pahang meraikan kemenangan berganda apabila kedua-dua skuad lelaki dan wanita menjulang kejuaraan selepas mengatasi lawan masing-masing di final.Ā
Skuad Lelaki mengatasi Johor 1-0 manakala barisan wanita negeri mengetepikan Selangor 2-1 untuk menambah koleksi emas Pahang.Ā
Di Pusat Akuatik Nasional, Selangor dan Wilayah masing-masing meraih dua daripada 7 emas yang menjadi rebutan dengan Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing mengakhiri saingan dengan satu emas.Ā
Angkat Berat (4) pula menyaksikan Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu masing-masing berkongsi satu emas manakala dalam menembak Air Rifle Berpasangan, Wilayah meraih emas menewaskan pasukan Pahang.Ā
Pencak Silat yang mempertaruhkan 9 emas pada hari terakhir saingan menyaksikan Kedah menguasai empat emas, diikuti Terengganu (3) dan satu masing-masing oleh Wilayah Persekutuan dan Kedah.Ā
Saingan final badminton esok sudah pasti menarik perhatian dengan pertembungan antara dua pemain kebangsaan Ng Tze Yong (Johor) dan Leong Jun Hao dalam perseorangan lelaki manakala Siti Nushuhaini Azman (Selangor) menentang pemain Selangor K. Letsanaa untuk menentukan emas.Ā
Negeri Sembilan meraih emas menumpaskan Sarawak 21-15 dalam Bola Keranjang 3 on 3 manakala Bola Tampar Dewan, Sarawak menundukkan Selangor 3-2 untuk menang emas.
Petanque Akhir Berpasukan Lelaki menyaksikan Terengganu menumpaskan Kelantan 2-1 manakala emas Berpasukan Wanita menjadi milik Pulau Pinang yang mengalahkan Kelantan 2-1.Ā
Perak dan Terengganu masing-masing menguasai dua emas Tenis manakala daripada 6 emas yang dipertandingkan dalam tinju,Terengganu menang dua diikuti satu masing-masing oleh Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Perak.Ā
Saingan terakhir SUKMA XX yang bakal menyaksikan upacara Penutupan Rasmi berlangsung esok mempertaruhkan 31 emas lagi dengan 5 dalam badminton, MTB Cross Country (2), Boling Padang (7), pencak silat (9), bola jaring (1), kriket (1) dan 6 emas dalam tinju.Ā