Oleh Ku Mohd Lufti
Atlet nemembak lelaki dan pemanah wanita negara Jonathan Wong Guanjie dan Saritha Cham Nong dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam diraikan di majlis Anugerah Sukan UPM edisi ke-33 malam tadi.
Jonathan yang beraksi di Sukan Olimpik Rio Ogos tahun lalu mengatasi dua lagi calon yang turut diletak dalam senarai Olahragawan juga dari sukan menembak, , Muhammad Zubair Mohamad dan Mohamad Lutfi Othman.
Manakala, Saritha dipilih selepas memenangi pingat emas dalam acara compound berpasukan pada Kejohanan Memanah Piala Asia 2016 mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi ke 32, menewaskan tiga lagi calon, dua merupakan atlet lawan pedang Ivy Cheah Shio Yong dan Natasha Ezzra manakala Nur Syafazliyana Mohd Ali daripada sukan bola jaring.
UPM turut menganugerahkan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dari sukan hoki serta dan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli sebagai penerima Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Bintang Harapan Wanita.
Penghargaan tersebut jelas memberi suntikan semangat buat Zaidatul yang sedang melakukan persiapan untuk beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos depan.