Lagi kejutan berlaku dalam sainga kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi saingan sei petang.
Kali ini jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia tumbang kepada Soong Joo Ven dalam pertarungan tiga set.
Joo Ven dipaksa bertarung selama 80 minit sebelum mengesahkan kemenangan 21-19, 11-21, 29-27.
“Kami tidak bermain hampir setengah tahun dan perlawanan ini sesuatu yang baik.
“Pukulan terakhir adalah tuah untuk saya dalam pertarungan yang sengit dan sesiapa yang berjaya mengekalkan fokus akan mempunyai kelebihan,”kata Joo Ven.
Jurulatih perseorangan, Hendrawan dalam pada itu menyatakan: “dia berasa letih dan memerlukan pemulihan kerana perlawanan tadi sangat sengit ditambah dia ada lagi perlawanan malam ini.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kejohanan ini sukar untuk Zii Jia kerana mereka sudah biasa berlatih sama sama.”
Hendrawan juga mengesahkan pemain perseorangan profesional, Liew Darren tidak dapat meneruskan saingan.
“Keadaan Darren selepas perlawanan pagi tadi agak kurang baik kerana hampir pengsan dan kembali ke bilik untuk berehat.
“Dia beritahu sudah tidak mampu untuk meneruskan lagi saingan,”kata Hendrawan lagi.
Dalam pada itu, Cheam June Wei terus mengekalkan aksi konsisten untuk menerajui carta kedudukan selepas melakar kemenangan 21-18, 21- 21-14 ke atas Leong Jun Hao.
Saingan bergu lelaki kumpulan A, Ooi Jhy Dar-Yap Roy King dipaksa bertarung tiga set sebelum mengesahkan kemenangan ke atas Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 15-21, 21-15, 21-10.
Saingan bergu campuran pula menyaksikan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See menghidupkan peluang untuk memburu dua kedudukan teratas selepas menang ke atas Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 20-22, 21-18, 21-17.
KEPUTUSAN PERLAWANAN – SESI PETANG
PERSEORANGAN LELAKI
Lee Zii Jia – Soong Joo Ven (21-19, 11-21, 29-27)
Cheam June Wei – Leong Jun Hao (21-18, 15-21, 21-14)
Liew Daren – Aidil Soleh Ali Sadikin (walk over)
BERGU LELAKI – KUMPULAN A
Ooi Jhy Dar/Yap Roy King – Choong Hon Jian/Loo Bing Kun (15-21, 21-15, 21-10)
BERGU WANITA
Hoo Pang Ron/Cheah Yee See – Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (20-22, 21-18, 21-17)