Oleh Ku Mohd Lufti
Saingan kejohanan badminton Junior Purple League 2016 menyaksikan kejutan hampir berlaku kepada juara musim lalu Petaling BC apabila menang tipis 3-2 ke atas Bandar Utama Dragons BC.
Selepas melakar kemenangan pertama ke atas Muar BC pada pusingan pertama semalam, Petaling BC turun dengan misi memburu kemenangan kedua ketika menentang Bandar Utama Dragons BC.
Perseorangan lelaki Petaling BC Chia Wei Jie tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 3-0 dengan keputusan 11-10, 11-9, 11-7 ke atas Sim Fong Hau.
Namun, Bandar Utama Dragons BC bangkit untuk mengurangkan defisit mata menerusi perseorangan wanita Goh Jin Wei yang mengatasi pemain import Petaling BC dari Thailand Chasinee Korepap dengan kemenangan 3-1 (11-5, 11-5, 1-11, 11-4).
Rentak kemenangan Bandar Utama Dragons BC bagaimanapun gagal menyuntik semnagat bergu lelaki Leong Jun Kai – Owen Ting Shih Wee apabila tewas 1-3 ( 11-10, 7-11, 5-11, 9-11) kepada gandingan Kwek Wee Jian – Man Wei Chong.
Bandar Utama Dragons BC enggan menyerah kalah apabila bergu wanita import dari Thailand, Chonnicha Charoenwat – K. Thanapim yang menewaskan Tew Jia Jia – Yap Yee, 3-2 (5-11, 11-7, 11-9, 4-11, 11-8).
Pertarungan terakhir, melibatkan acara bergu campuran dimenangi Petaling BC menerusi gandingan Chen Tang Jie – Wanida Buapa yang melakar kemenangan 3-1 ke atas pasangan Hamisya Hashudin – Raynald Tangguh Hartanto 3-1 selepas melakar kejayaan dalam aksi empat set 10-11, 11-5,11-8, 11-5.
Lain lain keputusan dalam saingan Divisyen 1, Cheras BC menang 4-1 ke atas Petaling Jaya BC, manakala Serdang BC mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Puchong United sementara Kepong BC mudah menjinakkan Bangsar Hawk C 5-0 dan Muar BC pula menewaskan Ampang Jaya BC 4-1.