#Pasukan Malaysia harapkan kelebihan dilaman sendiri
 Edisi 2018 Pertandingan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia FĂŠdĂŠration Internationale de Volleyball (FIVB) â Terbuka Langkawi bakal menobatkan juara baru dalam persaingan lelaki dan wanita. Dengan jumlah pesaing yang lebih ramai berbanding edisi pertama pada tahun lalu, pertandingan ini bakal berlangsung dari 26 hingga 29 April 2018 di Pantai Cenang, Langkawi.
Pertandingan dalam kategori lelaki dijangka menjadi sengit dengan kehadiran Nuttanon Inkiew/Sedtawat Padsawud dari Thailand, pemenang kejohanan WT1 di Satun baru-baru ini.
Sementara itu, bermotivasikan hajat menebus kekalahan mereka di tangan pasukan Thailand adalah pasukan pilihan utama dari Indonesia Ade Candra Rachmawan/Mohammad Ashfiya. Juga turut hadir adalah pasangan dari Sweden Martin Appelgren/Simon Boman dan Danijel PokerĹĄnik/Tadej Bozenk dari Slovenia bersama saingan kuat dari pasukan lain dalam kumpulan utama dan kelayakan.
Sebagai tuan rumah, Malaysia akan diwakili dengan tiga pasukan dalam kumpulan utama kategori lelaki. Selaku kapten pasukan Malaysia, Rafi Asruki Nordin mengakui cabaran yang sukar bersaing dengan pasukan dari Indonesia tetapi berharap dapat memanfaatkan kelebihan bertanding di tempat sendiri.
Beliau menyatakan, âadanya jelajah dunia ini di Malaysia adalah amat penting dari segi pendedahan, pembangunan dan peningkatan tahap pemain bola tampar pantai kami.â
Bersama rakan sepasukan yang baru, Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin untuk kejohanan tahun ini, Rafi berharap dapat memperbaiki kedudukan tempat kelima yang diperolehinya tahun lalu.
âSaya akan digandingkan dengan rakan sepasukan yang baru tahun ini, namun beliau sangat berpengalaman. Ini sangat penting kerana kejohanan ini dapat berfungsi sebagai sebahagian daripada program latihan jangka panjang kami, khususnya persediaan kami untuk Sukan Asia kelak,â jelas Rafi.
Dua pasukan yang juga akan mewakili Malaysia dalam pertandingan lelaki adalah pasangan Gee Jia Wei/How Juen Ang dan Yong Wai Kin/Kwan Young Kuck.
Saingan dalam kategori wanita juga turut kompetitif dengan kehadiran Michelle Sharon Valinete Amarilla/Erika Sofia Mongelos Bobadilla dari Paraguay, Dhita Juliana/Putu Utami dari Indonesia, Phoebe Bell/Jessyka Ngauamo dari Australia dan Julia Tilley/Alice Bain dari New Zealand â kesemuanya bersaing untuk gelaran juara.
Sementara itu, pemain Malaysia Lai Jessie dan Shu Woon Joo berharap untuk menggunakan pengalaman kejohanan ini untuk membangunkan pengalaman kompetitif mereka.
âDengan jumlah pesaing yang lebih ramai berbanding tahun lalu, kami dapat menjangkakan empat hari persaingan yang amat sengit serta prospek yang menarik dengan juara baru yang bakal dinobatkan dalam saingan kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
“Kami yakin edisi tahun ini bakal memberi peminat bola tampar pantai aksi yang hebat dari pemain terbaik di dunia!â komen ketua eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd, penganjur dan promoter kejohanan tahun ini.
Pusingan kelayakan akan berlangsung pada hari Khamis (26 April) dengan cabutan utama pada hari Jumaat (27 April) dan pusingan 12 serta perlawanan suku-akhir pada hari Sabtu (28 April).
Saingan separuh-akhir dan perlawanan penentuan pingat akan berlangsung pada Ahad (29 April). Selain dari mata ranking, kejohanan ini juga menawarkan saingan untuk sebahagian dari wang hadiah berjumlah USD $10,000.
FIVB adalah badan pentadbir untuk Sukan Olimpik Bola Tampar, dan kejohanan FIVB Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Terbuka Langkawi adalah sebahagian dari kejohanan World Tour 1-Star (WT1) anjuran FIVB.
Selepas Langkawi, jelajah dunia akan diteruskan dengan kejohanan Terbuka Manila (3 hingga 6 Mei) dan Terbuka Bangkok (10 hingga 13 Mei),