Pasukan Perempuan Bawah 16 Tahun Sabah nyata menyerlah selepas menumbangkan juara bertahan dan pilihan utama Johor 2-0 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Kebangsaan Antara Negeri Bawah 16 dan 12 Tahun 100PLUS yang berlangsung di Dewan PBNK Hall di sini hari ini. 

Juara Sirkit Remaja 2018 100PLUS, Arena Satu Samin, 16, menepati ramalan apabila mengetepikan lawan untuk memberi mata pertama buat Sabah. Namun, pemain berasal dari Kota Belud menerima tentangan sengit sebelum mencatat kemenangan  21-11, 20-22, 21-15 ke atas How Shi Yun dalam masa 40 minit. 

Pasangan Goh Shuen Tong-Vellerry Yap terpaksa bertarung dalam tiga set menentang Dyvylya Saha/Go Pei Kee sebelum memastikan tiket separuh akhir milik Sabah menerusi kemenangan tiga set 21-16, 14-21, 21-15 yang mengambil masa 45 minit. 

“Pada set pertama, saya turun dengan yakin tetapi agak gugup pada set kedua. Tetapi saya berjaya mendapat rentak pada set ketiga untuk bermain dengan yakin dan meraih kemenangan,” kata Arena Satu. 

Dalam satu lagi saingan, Kuala Lumpur meranapkan impian Melaka untuk ke separuh akhir selepas kejayaan 2-1 yang menyaksikan permainan ditentukan menerusi perseorangan kedua. Sebagai pasukan bukan pilihan, Melaka nyata menyerlah sepanjang pertandingan apabila mara ke suku akhir mencatat tiga kemenangan kumpulan sebelum ini. 

Isabel Bei Yi Liau, naib juara Sirkit Remaja 2018, memberi harapan buat Melaka selepas mudah mengatasi Lee Yue Qi 21-14, 21-10.

Begitupun, Kuala Lumpur kembali menyamakan kedudukan menerusi pasangan Wong Kha Moon-Wong Qiao Shi sebelum Yeoh Zi Xuan memberikan mata kemenangan buat Kuala Lumpur.

Yeoh mengatasi Joane May Yin Ng dalam satu perlawanan sengit yang berkesudahan dengan kemenangan 21-12, 21-19 buat Kuala  Lumpur. 

“Saya agak gugup pada permulaan permainan tetapi berjaya mententeramkan diri pada set kedua dan kurang melakukan kesilapan,” kata Yeoh Zi Xuan selepas perlawanan. 

Sabah berdepan Kuala Lumpur manakala Selangor menentang Pulau Pinang  dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. 

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pasangan beregu Loh Zhi Wei-Lai Zi Ying memberikan mata kemenangan untuk memastikan tiket Selangor di separuh akhir dengan kejayaan mengetepikan pasangan Pahang Tan Jet Sin-Evelyn Ng Yan Ni 21-12, 21-13.

Chloe Jennifer Whittington sebelum itu memberikan mata pendahulu buat Selangor menerusi kemenagan 21-11, 21-14 ke atas Nicole Yeo Feng Yue dalam hanya 18 minit. 

Lebih 300 pemain dari kesemua 15 negeri bersaing pada kejohanan empat hari tajaan 100PLUS yang menampilkan para pemain remaja terbaik negara. Saingan suku akhir dan separuh akhir berlangsung esok (Jumaat) manakala perlawanan akhir pada Sabtu ini. 

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia. 100PLUS juga merupakan penaja utama Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS (Bawah 12 Tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS. 

KEPUTUSAN:(nombor dalam kurungan menandakan ranking)

Perempuan Bawah 16 Tahun (Suku Akhir)(4) Sabah mln (1) Johor 2-0Kuala Lumpur mln  Melaka 2-1 (3) Pulau

Pinang mln Negeri Sembilan 2-1(2) Selangor mln Pahang 2-0

Separuh Akhir:(4) Sabah mln Kuala Lumpur(3) Pulau Pinang mln (2) Selangor

 

Lelaki Bawah 12 Tahun (Suku Akhir)Pulau Pinang mln Kedah 2-0Johor mln Sarawak  2-0Melaka mln (3) Kuala

Lumpur 2-0(2) Selangor mln (1) Sabah 2-0

Separuh Akhir: Pulau Pinang mln JohorMelaka mln (2) Selangor 

Perempuan Bawah 12 Tahun (Suku Akhir)(1) Negeri Sembilan mln Pahang 2-0P. Pinang mln Terengganu 2-1(3)

Johor mln Melaka 2-1Sabah mln Kedah 2-0

Separuh Akhir:(1) Negeri Sembilan mln Penang(3) Johor mln Sabah

- Advertisement -