jdtsc-2

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara Liga Super tiga kali, Johor Darul Takzim berterima kasih kepada Jorge Pereyra Diaz yang menjadi wira pasukan dipenghujung permainan untuk memastikan juara bertahan Piala AFc itu melangkah ke separuh akhir.

Selepas terikat 1 sama di tempat lawan, JDT tahu bemain dilaman sendiri seharusnya menjadi kelebihan buat skuad kendalian Mario Gomez dalam misi melakar kemenangan ke atas South China.

Diawal saingan tuan rumah tampak bermain berhati hati apabila South China yang dikendalikan Jose Ricardo Rambo sekali sekala cuba mengucar kacirkan kubu JDT.

Tuah JDT hanya kelihatan di babak kedua perlawanan apabila kesilapan penjaga gol pelawat, Tsang Man Fai mengasari Diaz 4 minit selepas babak kedua bermula.

Kapten JDT, Safiq Rahim yang diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti bagaimanapun gagal menggegar gawang South China apabila Tsang bijak membaca gerakannya.

Minit ke 57 sorakan penyokong Harimau Selatan bergema apabila Juan Martin Lucero menyudahkan hantaran Azamuddin Akil untuk meletakkan JDT mendahului 1-0.

Safiq yang kecewa menebus kesilapannya dengan membantu gol kedua JDT apabila sepakan sudutnya ditanduk kemas Jorge Pereyra Diaz di minit ke 87.

Dengan aggregate 3-1, JDT tampak semakin selesa dan terus mengasak untuk mematikan semangat juang South China ketika perlawanan berbaki beberapa minit untuk ditamatkan.

Pelawat bagaimanapun mengurangkan defisit gol dim init minit akhir masa tambahan selepas tamat masa sebenar menerusi Nikola Komazec.

Namun ia sudah terlambat apabila kedudukan 2-1 memihak JDT kekal hingga tamat perlawanan sekaligus mengesahkan slot separuh akhir milik skuad kendalian Mario Gomez dengan kemenangan aggregate 3-2.

JDT akan menanti samada kelab dari Singapura, Tampines Rovers atau Bengaluru FC.

- Advertisement -