Gelaran juara CP130 Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini menyemarakkan kembali semangat Elly Idzlianizar Ilias untuk terus mencipta nama dalam kancah arena permotoran negara.
Elly mempunyai rekod cemerlang dalam karier sukan permotoran apabila pernah mengharumkan nama negara setelah terpilih sebagai pelumba wildcard Malaysia dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia bersama Zulfahmi Khairudin pada tahun 2009. Namun setakat ini, Elly masih gagal mencipta kejayaan dalam saingan kelas perdana CP130/Expert mahupun saingan CP115/Novis.
Elly yang kini bersama pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing turut pernah terlibat dengan kemalangan serius apabila mengalami retak tulang belakang dan memaksanya berehat untuk tempoh yang panjang pada tahun 2012.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, keluarga dan juga rakan-rakan serta penyokong yang banyak memberikan sokongan kepada saya selama ini. Kemenangan ini amat bermakna kepada saya terutama setelah saya kembali ke pasukan SCK Racing pada tahun ini,” jelas Elly yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 38 mata, dua mata ketinggalan kepada rakan sepasukan, Mohd Zamri Baba yang mengumpul 40 mata hasil dua gelaran naib juara.
Tambah Elly, “Sudah agak lama saya berada dalam kejuaraan ini dan banyak kemenangan yang telah saya raih namun saya masih gagal untuk meraih gelaran keseluruhan tidak kira ketika beraksi dalam kelas CP115/Novis dan CP130/Expert. Malah prestasi saya juga seakan tenggelam timbul dan tidak konsisten. Jadi saya benar-benar berharap agar tahun ini menjadi tahun berbeza kepada saya,” jelas pelumba kelahiran Perlis ini.
Elly menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’17.765s manakala Zamri di kedudukan kedua dengan masa 16’21.354s.
Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Maju Motor) memusnahkan harapan pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing apabila berjaya memintas pelumba muda mereka, Mohd Hafiz Nor Azman pada selekoh terakhir meraih tempat ketiga dengan masa 16’22.058s dan Hafiz keempat, 16’22.708s untuk berada di tangga keempat keseluruhan dengan 25 mata sambil rakan sepasukan yang juga juara di Temerloh, Ahmad Fazli Sham di tangga ketiga dengan 28 mata.
Menyentuh tentang perlumbaan, Elly berkata, “Saya bermula agak baik dan kami pelumba pasukan SCK berjaya mendominasi empat kedudukan hadapan sebelum Norizman Ismail mengalami masalah jentera. Kami tidak merancang apa-apa strategi dan hanya memberikan yang terbaik untuk mengejar gelaran individu.
“Selepas mengekori Hafiz sehingga ke pertengahan perlumbaan, dia melakukan sedikit kesilapan dan membuka ruang untuk saya memintas. Sekalipun seringkali berlaku pintas memintas diantara kami, saya kemudiannya berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan. Cuma kami sedikit kecewa kerana gagal menguasai ketiga-tiga kedudukan podium di Batu Kawan ini.”
Sementara itu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) jelas gembira apabila dapat meraih dua kemenangan berturut-turut setakat ini selepas memenangi perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang, bulan lepas dan berharap dapat mengekalkan keputusan serupa menjelang perlumbaan akan datang.
Tengku Amirul meraih kemenangan mudah apabila selesa mendahului kedudukan dari pusinngan pertama sebelum menamatkan 15 pusinngan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’53.509s, 12.207s meninggalkan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) di tempat kedua dengan masa 14’05.716s.
Mohd Iskandar Raduan (M-Seki Liberty Honda Racing) ketiga dengan masa 14’07.092s.
Kemenangan ini meletakkan Tengku Amirul di kedudukan teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 50 mata manakala rakan sepasukan Mohd Izzat Zaidi Salehan di kedudukan kedua dengan 29 mata. Ahmad Syukran di tangga ketiga dengan 26 mata.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana menyediakan jentera yang terbaik untuk saya. Meskipun kemenangan ini nampak mudah, tetapi jika bukan kerana ada sedikit insiden kemalangan melibatkan kumpulan pelumba di belakang, mungkin suasana perlumbaan akan berbeza. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan pada pusingan kedua ini.”
Pelumba Kozi Yam Honda Racing, Mohd Harith Farhan Baharin berjaya menebus kehampaan apabila berjaya menewaskan pencabar utama yang juga juara prlumbaan lepas di Temerloh, Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing ).
Harith selesa mendahului dari awal perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 11’15.525s manakala Saiful di kedudukan kedua dengan masa 11’27.581s. Mohd Khairul Ikhwan Ajis Espada William Racing 11’34.019s
Harith dan Saiful kini berkongsi mata sebagai pendahulu dengan 45 mata manakala Khairul ketiga dengan 27 mata.
Keputusan
CP130
Final
1.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 16’17.765s 2.Zamri Baba (Honda) 16’21.354s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 16’22.058s 4.Hafiz Nor Azman (Honda) 16’22.708s 5.Fitri Ashraf Razali (Yamaha) 16’29.594s
Kedudukan Keseluruhan
1.Zamri Baba (Honda) 40 mata 2.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 38 mata 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 28 mata 4.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 25 mata 5.Hafiz Nor Azman (Honda) 23 mata
Anugerah Berpasukan
1.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 69 mata 2.PETRONAS Yamaha Maju Motor 60 mata 3.Motul Yamaha YY Pang 30 mata 4.PETRONAS Yamaha CKJ 23 mata 5.Yamalube AHM 20 mata
CP115
Final
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 13’53.509s 2.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 14’05.716s 3.Iskandar Raduan (Honda) 14’07.092s 4.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 14’07.228s 5.Sharifuddin Shamsuddin (Yamaha) 14’15.075s
Kedudukan Keseluruhan
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 50 mata 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 29 mata 3.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 26 mata 4.Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha) 20 mata 5.Iskandar Raduan (Honda) 16 mata
Anugerah Berpasukan
1.Motul Yamaha YY Pang 79 mata 2.PETRONAS Yamaha CKJ 37 mata 3.M Seki Liberty Honda 24 mata 4.Jetron Apido Team PJM 22 mata 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 20 mata
WIRA
Race
1.Harith Farhan Baharin (Honda) 11’15.525s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 11’27.581s 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 11’34.019s 4.Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 11’37.990s 5.Shafiq Ezzariq (Honda) 11’38.011s
Overall Standings
1.Harith Farhan Baharin (Honda) 45 points 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 45 points 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 27 points 4.Shafiq Ezzariq (Honda) 18 points 5.Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha) 16 points
ELLY STORMS TO VICTORY IN BATU KAWAN THRILLER
Elly Idzlianizar Ilias proved he is a serious threat to the CP130 title as the seasoned contender scored an emphatic win in Round 2 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Stadium Batu Kawan, Penang on Sunday.
Elly who returned to the premiere class after spending a year in the intermediate CP115 started from second row after the SuperPole was called off due to an oil spill took victory in 16’17.765s ahead of Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing teammate, Mohd Zamri Baba by 3.589 seconds.
Abdul Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) denied SCK from conquering the podium steps as he overtook SCK rookie, Hafiz Nor Azman in the final lap to finish third with 16’22.058s.
SCK was hoping to make a clean podium sweep when all four riders, Norizman Ismail, Zamri, Elly and Hafiz dominated the first four laps but their plan fell apart when race leader, Norizman pitted in due to a broken exhaust.
“Winning here in Batu Kawan came as a huge surprise. I still have a hard time believing it because to be perfectly honest, I did not expect to win here,” said an overjoyed Elly.
“But at the same time I feel bad that we failed to secure the top four positions. Our strategy was to dominate from start to finish and not to let anyone through but things went South when Norizman had to pit in. Nevertheless, I am pleased with the results and I’m glad to see at least one of my teammates is here with me on the podium today.”
“I dedicate this win to the team who has worked endlessly to provide me with a perfect setup, my family and fans for their undying support,” he added.
Hauling 25 points from this leg, Elly moves up to second overall in the CP130 standings while Zamri leads with 40 points. Ahmad Fazli Sham who finished 13th sits in third, 28 points.
Meanwhile Tengku Amirul Haffiruddin chalked his season’s first back-to-back win as he dominated the CP115 race from start to finish.
The Motul Yamaha YY Pang rider capitalized on pole position to steal an early lead while teammate and reigning champion, Mohd Izzat Zaidi Salehan held back the rest of the field.
Helping the Terengganu born rider escape with ease was the first lap pile up caused by Iqbal Amri Abdul Malek (Felda PB Racing) that took out Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) and Izrul Huzaimie Amran (PETRONAS Yamaha CKJ).
Tengku Amirul came out on top against Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) in 13’53.509s while the latter crossed the finish line 12.207 seconds later with 14’05.716s. Iskandar Raduan (M Seki Liberty Honda) who last year competed in the CP130 took third place in 14’07.092s.
Tengku who finished third overall last year now leads the CP115 standings with 50 points followed by Izzat and Ahmad Syukran with 29 points and 26 points respectively.
Lastly Harith Farhan Baharin secured his maiden victory for the season in the WIRA category at Batu Kawan.
Earmarked to be the successor of Khairul Idham Pawi at the Kozi Yam Honda camp, Harith wrapped up the 12-lap race in 11’15.525s with a massive 12 seconds lead over his rivals.
Temerloh winner, Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) came in second with 11’27.581s after struggling with mechanical issues while Khairul Ikhwan Ajis (Espada Wiliam Racing) rounded up the podium steps in 11’34.019s.
Picking up 25 points from this leg, Harith is now locked in a tie with Saiful Izman on top of the WIRA standings with 45 points followed by Khairul Ihkwan third with 27 points.
Round Three of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will be held in Muar, Johor on May 1 and 2.
Results
CP130
Race
1.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 16’17.765s 2.Zamri Baba (Honda) 16’21.354s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 16’22.058s 4.Hafiz Nor Azman (Honda) 16’22.708s 5.Fitri Ashraf Razali (Yamaha) 16’29.594s
Overall Standings
1.Zamri Baba (Honda) 40 points 2.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 38 points 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 28 points 4.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 25 points 5.Hafiz Nor Azman (Honda) 23 points
Team Awards
1.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 69 points 2.PETRONAS Yamaha Maju Motor 60 points 3.Motul Yamaha YY Pang 30 points 4.PETRONAS Yamaha CKJ 23 points 5.Yamalube AHM 20 points
CP115
Race
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 13’53.509s 2.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 14’05.716s 3.Iskandar Raduan (Honda) 14’07.092s 4.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 14’07.228s 5.Sharifuddin Shamsuddin (Yamaha) 14’15.075s
Overall Standings
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 50 points 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 29 points 3.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 26 points 4.Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha) 20 points 5.Iskandar Raduan (Honda) 16 points
Team Awards
1.Motul Yamaha YY Pang 79 points 2.PETRONAS Yamaha CKJ 37 points 3.M Seki Liberty Honda 24 points 4.Jetron Apido Team PJM 22 points 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 20 points
WIRA
Race
1.Harith Farhan Baharin (Honda) 11’15.525s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 11’27.581s 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 11’34.019s 4.Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 11’37.990s 5.Shafiq Ezzariq (Honda) 11’38.011s
Overall Standings
1.Harith Farhan Baharin (Honda) 45 points 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 45 points 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 27 points 4.Shafiq Ezzariq (Honda) 18 points 5.Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha) 16 points