Keupayaan bintang beregu wanita negara Pearly Tan mencipta sensasi muncul juara Terbuka Perancis minggu lalu selepas baharu pulih daripada kecederaan hamstring, membuktikan keberkesanan pita pelekat elastik sukan dan kecergasan, KT Tape dalam pengurusan dan perlindungan kecederaan dalam sukan.

Pearly, yang merupakan duta produk edaran Sunlight Sports Group itu, mengakui KT Tape telah banyak membantunya di sepanjang tempoh dia giat menjalani rehabilitasi sejak Ogos sehinggalah menawan Paris bersama pasangannya, M. Thinaah.

Pearly dan Thinaah telah menumpaskan beberapa pasangan terbaik dunia, termasuk kemenangan 21-19, 18-21, 21-15 ke atas juara dunia dua kali Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun dalam perlawanan akhir, untuk menjadi juara beregu wanita pertama dari Malaysia dalam sejarah Terbuka Perancis sejak mula dipertandingkan pada 1908.

Kejayaan Pearly pastinya tidak diduga sama sekali kerana tujuh minggu sebelum itu, dia baharu sahaja ditimpa kecederaan hamstring membimbangkan di pusingan pertama Terbuka Jepun yang menyaksikan dia meninggalkan gelanggang dengan kerusi roda sambil berlinangan air mata.

“Selepas ditimpa kecederaan, saya telah menggunakan KT Tape hampir setiap hari untuk menjalani latihan dan sewaktu bertanding. Ia melindungi saya daripada merasai kesakitan dan tentunya juga membantu pergerakkan saya dalam gelanggang,” kata Pearly.

“KT Tape membuatkan saya berasa terjamin dan sekali gus memberi saya keyakinan untuk bertarung habis-habisan dan mempamerkan prestasi yang terbaik tanpa dibelenggu rasa bimbang.

“Di sepanjang tempoh saya menjalani proses rehabilitasi, memang saya berasa agak sedih kerana hanya mampu melihat rakan-rakan gigih berlatih dari luar gelanggang,” kata Pearly.

“Tetapi, detik sukar itu jugalah yang memberi dorongan untuk saya bekerja lebih keras bagi mempercepatkan pemulihan saya supaya dapat kembali ke gelanggang dengan secepat mungkin.

“Berbekalkan dorongan dan sokongan padu daripada ahli keluarga, rakan-rakan sepasukan, para jurulatih dan staf-staf perkhidmatan sokongan, akhirnya saya dapat lakukannya. Kecederaan kali ini membuatkan saya berasa lebih bersyukur dan menghargai setiap saat saya berada di atas gelanggang.”

Selain Pearly, seorang lagi bintang beregu lelaki kebangsaan Nur Izzuddin Rumsani juga merupakan duta KT Tape, sekaligus menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga Sunlight Sports yang telahpun dibarisi Tan Boon Heong, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Goh Jin Wei.

“Atlet-atlet berprestasi tinggi sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan memandangkan mereka menjalani latihan berjeda keamatan tinggi hampir setiap hari,” kata Pengurus Penjenamaan dan Pembangunan Perniagaan Sunlight Sports Teah Yann Ling.

“Sebarang kecederaan akan menjejaskan latihan dan prestasi seseorang atlet itu. Andai mereka pulih sekali pun, mereka tetap akan berdepan dengan pelbagai komplikasi dan kesan jangka panjang yang berpunca daripada kecederaan lama,” tambahnya.

Justeru, penggunaan produk pelindungan yang berkualiti tinggi, efektif dan selamat adalah cukup mustahak untuk membantu seseorang atlet itu mengurangkan sebanyak mungkin risiko ditimpa kecederaan. Ia pada masa sama juga berupaya membantu merangsang prestasi mereka berasaskan kaedah saintifik, sekaligus meraih keputusan yang lebih baik

Menyentuh mengenai kerjasama dengan Pearly dan Izzuddin, Teah yakin bahawa kedua-dua pemain itu akan mendapat manfaat daripada produk ini dan membantu mereka beraksi lebih cemerlang dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

KT Tape ialah pita pelekat elastik sukan dan kecergasan revolusioner yang dibangunkan di Amerika Syarikat, berfungsi untuk mengurangkan risiko kecederaan sukan di samping mengurangkan kesakitan, mempercepatkan pemulihan dan mengelakkan kesakitan otot dan sendi.

Ketika temasya Sukan Olimpik Beijing pada 2008, pemain bola tampar pantai Amerika, Kelly Marie Claes mencuri tumpuan orang ramai dengan mengenakan getah elastic tidak berubat. Jawatankuasa Olimpik AS telah memilih getah elastik itu sebagai jenama rasmi untuk permainan sukan dan semenjak itu, ia telah berkembang menjadi getah pelindungan sukan yang terkemuka di seluruh dunia.

Dengan semakin ramai penggiat sukan kini menitikberatkan kepentingan mengurangkan risiko kecederaan sukan, KT Tape menjadi peralatan yang biasa digunakan di arena sukan. Ia juga menjadi jenama kegemaran pelari, peserta sukan lasak IRONMAN, pemain bola keranjang, badminton dan bola sepak.

KT Tape menjadi jenama terbaharu yang ditambah kepada barisan produk edaran Sunlight Sport selepas Li Ning. Matlamat KT Tape adalah untuk menawarkan perlindungan yang terbaik kepada semua atlet.

- Advertisement -