Pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, Dorna Sports akan memberi kata putus tentang status perlumbaan MotoGP bagi musim 2020 termasuk aksi di luar Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta tampak optimis terutama empat perlumbaan; GP Thailand, GP Malaysia, GP Amerika dan GP Argentina yang dijadualkan pada Oktober dan November.
Memahami situasi semasa Covid 19 yang sedang menular di serata dunia, Dorna Sports akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat disetiap litar termasuk penjarakkan melibatkan pelumba, kru teknikal pasukan dan ahli keluarga.
Malah, pertemuan dengan menteri sukan di setiap negara terlibat akan diadakan untuk membincangkan SOP dan mencari penambah baik idea sedia ada.
Pihaknya mengharapkan antara 12 hingga 16 perlumbaan dapat dilangsungkan bagi musim 2020 namun segalanya terletak kepada persetujuan negara penganjur.
Jika segalanya berjalan mengikut perancangan sainga MotoGP dijangka bermula pada 19 Julai di Litar Jerez.
Sehingga kini, 11 perlumbaan ditangguhkan atau dibatalkan susulan pandemik COVID-19 dan terkini, GP Jepun turut dibatalkan.