Oleh Muhammad Aiman
Pertahanan veteran PKNS Selangor, P.Gunalan sudah menjulang semua trofi dalam saingan domestik sepanjang perjalanan karier selama 11 tahun bersama Selangor.
Namun pemain berusia 35 tahun itu berpendapat menambah satu lagi koleksi trofi dengan menewaskan pasukan pilihan disegani ramai, Johor Darul Takzim akan menjadi detik lebih istimewa dalam kariernya.Ā Ā
āSaya menjulang banyak trofi bersama Selangor, tetapi secara jujur ianya lebih mudah ketika itu kerana Selangor adalah pasukan terbaik dalam negara dan mempunyai ramai pemain kebangsaan dalam skuad.
āSemua pun tahu PKNS adalah sebuah pasukan yang kecil, tidak diletakkan harapan besar jadi untuk menjejak kaki ke final itu sendiri merupakan satu pencapaian besar jika melihat kepada bajet dan juga pemain yang kami ada.
āJadi, menjulang piala bersama PKNS sudah tentunya akan menjadi detik yang lebih istimewa buat saya berbanding Selangor, lebih-lebih lagi kerana kita berdepan salah satu pasukan terbaik Asia di final,ā ujar Gunalan yang kembali memperkuatkan skuad E.Elavarasan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan.
Gunalan menyertai PKNS Selangor pada 2013 selepas berkhidmat 11 tahun bersama gergasi merah kuning dari tahun 2001 ā 2012.
Dalam tempoh itu dia menjulang Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 2001, 2005 dan 2009, Piala Malaysia pada 2002 dan 2005 serta Liga Super sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010.
Faktor pengalaman menjadikan Gunalan sebagai antara tonggak utama yang membantu sang semut merah melakar kejutan dalam saingan Piala FA tahun ini seterusnya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan tiga pasukan Liga Super ā Terengganu (pusingan pertama), Felda United (pusingan kedua) dan Perak (separuh akhir).
Selesa dengan status āunderdogā, bekas pemain kebangsaan itu berpendapat PKNS akan bermain tanpa tekanan apabila berdepan barisan pemain bintang JDT.
āSebelum ini pun kami telah berdepan pasukan lebih kuat dan lebih besar, dan kami berjaya menewaskan mereka. Di atas kertas, memang tiada siapa akan mengatakan PKNS boleh tewaskan JDT tetapi kami selesa untuk turun sebagai bukan pilihan.
āSlogan kami adalah āpantang berputus asa, pantang mengalahā dan disebabkan itulah kami sentiasa boleh bangkit dan menjaringkan gol-gol lewat permainan, dan menentang JDT kami mahu berikan mereka satu tentangan yang sengit. Siapa tahu, kejutan akan berlaku dan trofi menjadi milik kami,ā kata Gunalan.Ā Ā Ā Ā Ā Ā