Selepas penarikan diri jaguh badminton perseorangan negara, datuk Lee Chong Wei, kontinjen Malaysia sekali lagi menerima tamparan hebat apabila ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong menjadi atlet berprofil tinggi kedua sah tidak akan menyertai Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Pengesah itu dilakukan oleh Pengarah Bahagian Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Arshad Puji yang bertenggung jawab melakukan pemeriksaan ke atas Jun Hoong.
āKecederaan terkini adalah di bahagian tulang rawan dan ia datang secara berperingkat dan semakin ketara ketika dia menjalani latiha.
āKecederaan ini menganggu kecederaaan lamanya dan dijangka memerlukan diantara enam hingga sembilan bulan untuk proses pemulihan,ākata Arshad.
Tambahnya lagi, pemeriksaan telah pun dilakukan, namun pihak ISN akan melakukan analisa tambahan untuk mendapatkan penilaian penuh serta tahap kecederaannya sebelum memutuskan kaedah rawatan yang terbaik.
āJun Hoong akan dirujuk dan di rawat di ISN dan kita tidak akan menghantar ke luar negara untuk rawatannya kerana ada pakar kecederaan ini di Malaysia,ākata Arshad lagi.
Jun Hoong akur terpaksa melepaskan Sukan Asia tahun ini kerana keutamaannya adalah memulihkan kecederaan demi kariernya di masa depan.
āKesakitan bermula dalam dua minggu lalu dimana lutut saya terasa sakit dan semakin membengkak.
āDemi kebaikan dan nasihat daripada jurulatih, walaupun kecewa, saya akur kerana masa depan adalah lebih penting,ākata Jun Hoong.
Penampilan sulungnya di pentas Sukan Asia adalah pada 2010 di Guangzhou dan meraih pingat gangsa dalam acara 1 meter papan anjal individu.
2014 di Incheon, korea Selatan penampilan keduanya semakin mantap apabila menyumbang 1pingat Ā perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama dan gangsa bagi acara individu.
Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen mengesahkan Nur Dhabitah Sabri akan menggalas tugas bagi acara 10meter platform individu manakala bagi acara 10 meter platform seirama, Pandelela Rinong akan bergandingan dengan Leong Mun Yee.