rio-de-janeiro-security

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih pasukan Kenu Jerman mengalami kecederaan selepas teksi yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap penganjur Olimpik Rio, Mario Andrada  mengesahkan jurulatih tersebut tidak mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Andrade turut mengesahkan jurualtih tersebut tidak berseorangan, seorang lagi pegawai dari Jerman turut sama berada di dalam teksi tersebut dan disahkan tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Jerman tersebut bagaimanapun enggan ditemubual.

Isu keselamatan melibatkan tuan rumah Sukan Olimpik Rio 2016 sudah bermula sebelum temasya itu bermula secara rasmi.

Bermula dengan rusuhan di stadium sebelum upacara pembukaan, timbul pula isu tembakan terhadap sebuah bas yang membawa sekumpulan petugas media.

Terdahulu, turut berlaku kejadian tembakan rambang yang hampir mengenai petugas media di venue ekuestrian.

Tembakan tersebut didakwa ditujukan kepada pegawai polis yang sedang bertugas atau kea rah dron yang digunakan untuk acara ekuestrian.

- Advertisement -