Hari keempat saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 hampir mengesahkan status pemain yang akan beraksi di playoff  untuk menentukan ranking masing masing serta layak beraksi dengan pemain pemain senior.

Saingan kumpulan A perseorangan lelaki, Justin Hoh dan Jacky Kok Jing Hong hampir pasti layak beraksi dengan pemain pemain senior yang dijadual berlangsung pada November depan seleps mengungguli dua teratas carta kedudukan.

Justin menang straight set 21-19, 21-18 ke atas Ong Zhen Yi untuk kemenangan keenam selepas tujuh perlawanan, namun berkongsi 6 mata dengan Jacky yang turut mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-16 ke atas Chia Jeng Hon.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan permainan. Jurulatih juga melihat saya banyak melakukan kesilapan pada hari pertama, dan jurulatih mahu saya lebih bersabar jika mahu menang.

“Sekarang saya semakin selesa dengan permainan dan bersedia untuk beraksi dengan pemain pemain senior,” kata Justin.

Tiga pemain perseorangan lelaki teratas bagi kumpulan A akan bermain dengan pemain pemain senior pada November nanti.

Sementara itu saingan kumpulan B menyaksikan Eogene Ewe Eon masih gagal dicabar tujuh pemain.

Beliau menang  ke atas Jan Jireh Lee 20-22 21-13 21-17 disebelah pagi sebelum menundukkan Low Han Chen 21-10, 21-15 pada perlawanan sesi petang untuk mengumpul 7 mata.

Manakala Dylan Ooi Ding Sheng pula dikedudukan kedua dengan 6 mata sementara dua teratas kumpulan C didominasi Lok Hong Quan dan Aaron Tai.

Dalam pada itu, saingan perseorangan perempuan kumpulan B masih gah diungguli Siti Nurshuhaini Azman yang menang kesemua perlawanan sesi pagi dan petang sekaligus mengumpul 6 mata dan akan beraksi di perlawanan playoff penentuan ranking yang dijadual berlangsung dari 28 – 30 Oktober depan.

“Permainan saya banyak lagi yang perlu dilihat selepas ini dan sudah tentu saya mahukan kemenangan untuk naik ke divisyen satu.

“Kini saya sudah capai 70 peratus untuk mendapatkan ‘tournament feeling dan harap untuk terus konsisten pada perlawanan seterusnya.

“Sebelum turun, bermain saya akan hubungi keluarga dan minta mereka untuk doakan kejayaan saya,” kata Shuhaini.

Shuhaini menewaskan Loh Zhi Wei straight set 21-17, 21-14 disusuli kemenangan straight set ke atas Chong Jie Yu, 21-10.

Selain Shuhaini, turut sama beraksi di playoff ini adalah Loh Zhe Wei yang menduduki tangga kedua.

Kumpulan C pula diungguli Oo Shan Zi dan Carmen Ting yang menduduki dua kedudukan teratas.

Saingan kumpulan bergu lelaki dipimpin Muhd Haikal Azhawari Osman – Wan Muhd Arif Wan Junaidi yang melakar kejutan sekaligus memintas kedudukan pendahulu selepas menundukkan pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe dalam aksi tiga set 17-21, 21-18, 21-18.

75 pemain remaja perseorangan serta bergu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun akan berkampung di Stadium Juara Bukit Kiara bermula 12 hingga 16 Oktober.

Manakala saingan playoff yang dijadual bermula dari 28-30 Oktober akan menentukan ranking pemain pemain dalam setiap divisyen.

Tiga pemain teratas perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi kategori perseorangan wanita kumpulan A akan layak beraksi ke peringkat ‘playoff’ dan akan beraksi dengan pemain pemain senior bermula dari 3 hingga 6 November dimana venue pertandingan adalah di Akademi Badminton Malaysia (BAM).

Ini merupakan pertandingan  pertama yang dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

 

Keputusan Perlawanan Sesi Pagi

7:30 PG

BS-A – Group Justin Hoh – ONG Ken Yon (21-13 21-19)
BS-A – Group Muhd Fazriq – Ong Zhen Yi (21-17 16-21 21-13)
BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – Anson Cheong (21-14 21-4)
BS-A – Group Chia Jeng Hon – V Poopathi (21-16 21-12)

BS-A – Group Chua Kim Sheng – Jimmy Wong (21-16 22-20)
BS-B – Group Dylan Ooi Ding Sheng  – Ferdinan Ramno (21-18 21-16)

 
BS-B – Group Eogene Ewe Eon – Jan Jireh Lee (20-22 21-13 21-17)
BS-B – Group Low Han Chen – Rex Hooi Shao Herng (21-18 17-21 21-14)
BS-B – Group Muhd Faiq  – Muhd Adam Shah – (21-19 22-20)
GS-B – Group Chan Wen Tse  – Lim Yi Wei (21-14 21-17)
GS-B – Group Chong Jie Yu – Tan Shen Thing (21-10 21-17)
GS-B – Group Siti Nurshuhaini  – Loh Zhi Wei  (21-17 21-14)

9:00 PG

BS-C – Group Aaron Tai – Yeow Chun Cher  (21-19 17-21 21-13)

BS-C – Group Hanz Haiqal – Kang Khai Xing (21-13 24-26 21-19)
BS-C – Group Lok Hong Quan – Tamilarasukumar (21-9 21-12)
BS-D – Group Ayu Fu Sheng – Lim Wei Hou (21-9 21-12)
BS-D – Group Lee Yen Wei – Chee Hong Wei (21-6 21-12)
BS-D – Group Kong Teck Joon – Mohd Amzar Hakimi (21-15 21-8)

3:00 PTG

BS-A – Group Justin Hoh – Ong Zhen Yi (21-19 21-18)
BS-A – Group Muhd Fazriq – Anson Cheong (21-19 21-15)
BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – Chia Jeng Hon (21-13 21-16)
BS-A – Group Chua Kim Sheng – V Poopathi (21-19 21-8)
BS-A – Group Ong Ken Yon – Jimmy Wong (11-21 21-13, 21-10)
BS-B – Group Jan Jireh Lee – Ferdinan Ramno (21-18 21-15)
BS-B – Group Eogene Ewe Eon – Low Han Chen (21-10 21-15)
BS-B – Group Rex Hooi Shao Herng – Muhd Adam Shah (12-21 21-19 21-17)
BS-B – Group Dylan Ooi Ding Sheng  – Muhd Faiq  (21-11 15-21 21-17)
GS-B – Group Lim Yi Wei – Tan Shen Thing S(21-18 21-12)
GS-B – Group Chong Jie Yu – Siti Nurshuhaini (21-10 21-11)
GS-B – Group Loh Zhi Wei – Ong Xin Yee (23-21 21-14)
BD – Group Choi Jian Sheng+Wong Vin Sean – Kok Jia Cheng+Ooi Yi Hern – walkover
BD – Group Muhd Haikal+Wan Muhd Arif  – Beh Chun Meng+Goh Boon Zhe (17-21 21-18 21-18)

4:30 PTG

BS-C – Group  Hanz Haiqal – Tamilarasukumar (11-21 21-17 21-10)
BS-C – Group Lok Hong Quan – Kee Is Qian (21-17 21-11)
BS-D – Group Lee Yen Wei – Mohd Amzar Hakimi Sta (21-10 21-6)

- Advertisement -