Oleh Ku Mohd Lufti
Juara Kejohanan Golf CIMB Classic 2015, Justin Thomas berada dilandasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut turut selepas mengungguli carta dengan catatan terkumpul 14 dibawah par.
Hari kedua, Justin yang berkongsi pendahulu dengan tiga pemain pada hari pertama menutup saingan dengan catatan 66 pukulan enam dibawah par.
“Hari ini saya tidak bermain sebaik semalam (pusingan pertama). Pukulan drive saya lebih baik tetapi pukulan lain agak kurang menjadi kerana saya mahu mensasarkan bola lebih dekat ke lubang.
“Tetapi permainan tanpa catatan bogey adalah baik. Permainan saya di tujuh lubang pertama kurang bagus dan sekadar mampu melakukan satu bawah par sebelum bermain lebih baik di lubang seterusnya.
“Anda tidak akan tahu apa keadaan yang menanti atau apa yang boleh dilakukan pemain lain. Saya harap mampu bermain lebih baik pada hujung minggu ini, seperti yang saya lakukan di pusingan kedua tahun lepas.” kata Justin Thomas.
Kedudukan Thomas bagaimanapun masih belum selesa kerana hanya berkelebihan dua pukulan didepan pemain kelahiran India, Anibal Lahiri.
Anirban Lahiri turut mencatat 66 pukulan enam dibawah untuk catatan terkumpul selepas hari kedua, 132 pukulan 12 dibawah par.