Kejuaraan Motosikal Asia FIM musim 2018 bakal berlangsung sebanyak enam pusingan dengan Australia menjadi destinasi baharu dalam kalendar kejuaraan.
Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand menjadi venue bagi ujian pra-musim seterusnya perlumbaan pembuka musim pada 27 Februari sehingga 4 Mac 2018.
Kontinjen ARRC kemudiannya akan ke Adelaide, Australia dimana kejuaraan ini akan menjadi siri perlumbaan antarabangsa pertama di litar yang serba baharu, litar The bend Motorsport Park.
Perlumbaan pusingan kedua ini akan dijalankan serentak bersama Kejuaraan Superbike Australia selama empat hari bermula 19 April hingga 22 April.
Litar Suzuka akan menjadi venue ketiga yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Jun 2018.
Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 3 hingga 5 ogos diikuti Indonesia (Pusingan 5) dari 12 hingga 14 Oktober.
Saingan penutup tirai musim 2018 sekali lagi akan berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember 2018.
Kalendar Kejuaraan Motorsikal Asia FIM 2018Â
Ujian Pra-Musim Litar Antarabangsa Chang, Thailand Februari 27 – 28, 2018
Pusingan 1 Litar Antarabangsa Chang, Thailand Mac 2 – 4, 2018
Pusingan 2 The Bend Motorsports Park, Australia April 19 – 22, 2018
Pusingan 3 Litar Suzuka, Jepun Jun 1 – 3, 2018
Pusingan 4 Litar lumba Motor Madras, India 3 – 5, 2018
Pusingan 5 Litar Sentul, Indonesia Oktober 12 – 14, 2018
Pusingan 6 Litar Antarabangsa Chang, Thailand November 30 – Disember 2, 2018