Bintang muda sensasi, Kasma Daniel tidak dapat menyembunyikan keinginan untuk menerima latihan di Akademi VR46 milik juara dunia, Valentino Rossi dengan mensasarkan untuk menempatkan diri antara pelumba terbaik kelas Asia Production 250cc dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan membuka tirai di Litar Johor, Pasir Gudang pada 1 dan 2 April ini.
Sebelum ini pihak Yamaha Japan membuat pengumuman di mana beberapa pelumba muda terbaik dari siri perlumbaan Asia akan terpilih untuk menjalani latihan bersama pelumba yang dikenali dengan gelaran ‘The Doctor’ itu.
Pelumba berusia 16 tahun itu akan bersaing bersama-sama 24 pelumba di dalam perlumbaan Asia Production 250cc dimana 13 daripadanya merupakan pelumba yang menggunakan jentera Yamaha termasuk Apiwat Wongthananon dari Thailand dan Galang Hendra Pratama (Indonesia) yang mempamer prestasi lebih baik berbanding Kasma sewaktu ujian pra-musim ARRC di Johor, minggu lalu.
“Setakat ini Yamaha Japan belum menyenaraikan siapa yang akan terpilih, malah kami juga tidak tahu kriteria pemilihan mereka. Yang pasti, keputusan perlumbaan merupakan perkara penting yang perlu ditunjukkan oleh pelumba. Jadi saya perlu bekerja keras dan menyinar pada musim ini,” jelas Kasma yang beraksi bersama pasukan dari Australia, Yamaha Finson Racing di dalam saingan ARRC.
Kasma mencatat masa ke-12 terpantas pada sesi ujian pra-musim, satu saat ketinggalan di belakang Apiwat yang mendahului lain-lain pelumba sepanjang tiga hari sesi ujian berlangsung.
Peminat-peminat sukan permotoran boleh hadir memberikan sokongan kepada barisan pelumba negara di Litar Johor, Pasir Gudang pada 1 dan 2 April ini. Masuk adalah percuma.
KASMA DETERMINED TO TRAIN AT VR46 RIDERS ACADEMY
The latest Malaysian racing sensation, Kasma Daniel Kasmayuddin, is determined to win a slot for himself at the Valentino Rossi’s VR46 Riders Academy at the end of the year. This came on the heels of Yamaha’s announcement whereby a limited number of the best young riders racing in the Asia Road Racing Championship’s Asia Production 250cc class will be sent to train with ‘The Doctor’.
The 16-year-old rider will be up against some stiff competition. Of the 24 riders in the Asia Production 250cc category this season, 13 are Yamaha riders. Kasma will be up against talented peers like Apiwat Wongthananon from Thailand and Indonesia’s Galang Hendra Pratama, both of whom tested faster than Kasma during the ARRC pre-season test at the Johor Circuit last week.
“So far, Yamaha Japan has not announced any firm numbers yet. Neither do we know what the selection criteria are. For sure, results will carry a large weight in their decision-making. So I really need to buck up and shine this season,” said Kasma who races for Australian team Yamaha Finson Racing in the Asia Road Racing Championship.
Kasma tested 12th fastest during the official pre-season test and was one second off the pace of fastest rider Apiwat Wongthananon. Johor-born Kasma’s chance to earn a seat at the VR46 Riders Academy will begin this week, at Round 1 of the 2016 FIM Asia Road Racing Championship which will be held at the Johor Circuit on April 1 and 2, 2016. Local fans eager to support their home-grown rider will be pleased to learn that spectator entry is free.