Kasma Daniel Kasmayudin turut beraksi di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol sebaik tamat perlumbaan di MAEPS nanti.

Kasma Daniel Kasmayudin tidak sabar untuk turun beraksi bagi merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hujung minggu ini.

Dua kemenangan berturut-turut pada awal musim meletakkan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berada di tangga teratas keseluruhan namun jatuh ke kedudukan kedua setelah tidak dapat beraksi pada pusingan keempat di Teluk Intan kerana berlangsung serentak dengan saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol.

Ketika ini pemenang perlumbaan di Teluk Intan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) berada di tangga teratas, hanya dengan kelebihan satu mata ke atas Kasma manakala rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli Sham di tangga ketiga dengan 40 mata.

Saingan kelas CP115 musim lepas agak mudah bagi Kasma Daniel Kasmayuddin yang berusia 16 tahun.

“Saya perlu menang minggu ini untuk kembali merampas kedudukan pendahulu. Saya tidak boleh tercicir sebarang mata lagi jika ingin menang gelaran tahun ini kerana mungkin ada pusingan lain yang saya tidak dapat beraksi,”jelas Kasma.

Tambahnya, “Saya rindukan aksi di Cub Prix. Sudah berapa bulan saya tidak beraksi kerana terlibat dengan latihan dan perlumbaan di Sepanyol. Jadual tahun ini sangat padat, namun ia penting untuk perkembangan karier saya.

“Bulan Julai juga merupakan bulan yang sangat sibuk. Saya baru pulang dari Sepanyol Selasa lepas dan selepas tamat perlumbaan di Maeps, saya akan terbang semula ke sana untuk perlumbaan di Litar Estoril pada 21 hingga 23 Julai ini.”

 

KASMA RARING TO GO

Karma Daniel Kasmayuddin is raring to get into the thick of the action as Round 5 of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship gets underway at the Malaysia Agriculture Exposition Park in Serdang this weekend.

The PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor rider has his sights set on reclaiming the championship lead. Karma slipped down the ranks somewhat after skipping Round 4 due to a schedule clash against the Moto3 Junior Championship in Spain.

“The points bank that I had built up from back-to-back wins in the first half of the season was fully depleted when I missed out on Round 4. Now, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) is leading by one point. I need more wins in bag in order to maintain my position. This is especially important in case I miss more rounds in the future,” said Kasma.

The young Johorian rider is in for a busy month, juggling both the national series and the Spanish championship. “I flew in from Spain on Tuesday. After the MAEPS round, I will have to fly back to Spain for the next Moto3 Junior Championship race which will take place in Estoril on July 23.”

- Advertisement -