“Memang strategi saya untuk cuba menjarakkan diri dari pelumba lain dari awal perlumbaan kerana tidak mahu bersaing dalam kelompok yang besar. Litar ini mempunyai banyak selekoh yang sempit dan permukaan jalan yang semakin teruk.”, ujar Kasma Daniel Kasmayuddin.

Kasma Daniel Kasmayuddin menepati jangkaan apabila dengan mudah meraih kemenangan dalam saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu bersendirian melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’59.423s, lapan saat dihadapan pemenang tempat kedua.

“Memang strategi saya untuk cuba menjarakkan diri dari pelumba lain dari awal perlumbaan kerana tidak mahu bersaing dalam kelompok yang besar. Litar ini mempunyai banyak selekoh yang sempit dan permukaan jalan yang semakin teruk. Saya cuba mengekalkan masa sepusingan dengan konsisten kerana tidak mahu terbabit insiden tidak diingini,” jelas Kasma.

Kasma Daniel Kasmayuddin; Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia.

“Mungkin ada lagi perlumbaan Cub Prix selepas ini yang saya tidak dapat beraksi, jadi saya perlu menang dan tidak boleh kehilangan mata berharga.”

Disebalik kemenangan mudah Kasma, persaingan lebih terarah kepada perebutan pemenang tempat kedua dan ketiga diantara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutama ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Md Ramdan bijak menggunakan ruang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16’08.169s manakala Ahmad Afif yang berada di kedudukan keenam di peringkat awal perlumbaan bijak mencuri ruang untuk memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium dengan masa 16’08.466s.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) akhirnya berjaya meraih podium pertama bagi musim 2017 dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) sekaligus menyekat Akid daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut.

Setelah bersaing sengit dan seringkali bertukar kedudukan penndahulu, Azroy akhirnya berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan pennamat dengan masa keseluruhan 12’20.772s, hanya 0.080s di hadapan Akid diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di kedudukan ketiga dengan masa 12’21.760s. Malang buat Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang pada satu ketiga berada di kedudukan ketiga apabila terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Gelaran naib juara cukup utuk meletakkan Akid terus selesa di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 95 mata, 30 mata mengatasi Haziq manakala Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga ketiga dengan 47 mata.

Dalam saingan Wira, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan catatan masa keseluruhan 9’57.276s, mengatasi pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10’03.447s.

Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) sekali lagi menamatkan saingan di atas podium di tempat ketiga dengan catatan masa 10’04.055s.

Gelaran naib juara terus melonjakkan kedudukan Aiman selaku pendahulu dengan mengumpul 86 mata, 24 mata mengatasi Saiful Azhary Muhamad yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 56 mata, berkongsi mata bersama Syafieq.

 

KEPUTUSAN


CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:59.423s
2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:08.169s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:08.466s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16:08.550s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 16:09.103s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 39 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 35 mata


CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:20.772s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:20.852s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:21.760s
4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:35.116s
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 12:35.398s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 65 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 27 mata



WIRA

1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:57.276s
2 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:03.447s
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:04.055s
4 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:05.184s
5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:08.689s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 86 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 62 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 62 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 56 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 47 mata

 

 

NO SURPRISES AS KASMA CLINCHES THIRD VICTORY OF THE SEASON

Round 5 of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at the Malaysian Agriculture Exposition Park (MAEPS) last weekend, saw maverick rider Kasma Daniel Kasmayuddin back in dominating form.

Back in Malaysia for a short hiatus after a month-long stint in the World Moto3 Junior Championship, the PETRONAS Sprinta Yamaha Maju rider had clearly not lost any of his winning form as he completed a solo lights-to-flag victory with a time of 15’59.423s. The Johor-born rider was in a league of his own on the fast and flowing MAEPS temporary track, leaving his competitors in the dust, six seconds behind.

“This was my strategy all along. I wanted to distance myself as quickly as possible. I didn’t want to get caught up with all the unnecessary jostling and fighting for position. In case I were to miss any more rounds in the future (due to schedule clashes with the World Moto3 Junior Championship), every win is precious,” said Kasma.

Trailing in Kasma’s wake, four other riders scrambled for the final two spots on the winner’s podium. They were Mohd Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran, Fakhrusy Syakirin Rostam and Mohd Azhar Abdul Jalil.

Ramdan rode a smart race as he sidestepped repeated attacks from Fakhrusy to clinch second place with a time of 16’08.169s. This would be Ramdan’s first Cub Prix podium since his return to the national championship. Meanwhile, Ahmad Afif Amran who started the race from sixth on the grid, clawed his way up to third place with 16’08.466s

Meanwhile, Azroy Hakeem Anuar of team GiVi Honda Yuzy Racing finally broke Mohd Akid Aziz’s winning streak in the CP115 class when he emerged winner with a time of 12’20.772s.

The CP115 Final was an all-out battle between Azroy, championship leader Akid, and Tengku Amirul Haffiruddin. Azroy maintained a slight advantage throughout as he pipped Akid to the finish line by 0.080s, effectively blocking the
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor rider’s bid for his fourth consecutive win.

Akid had to be content with second place. In the heat of the chase, Tengku Amirul crashed out on the final lap, leaving the door open for lucky Mohd Haziq Mohd Fairues to storm home in third place.

In the age-capped Wira category, Mohd Syarifuddin Azman of team Idemitsu Kozi Yam Honda Racing brought home his first win of the season with a time of 9’57.276s. Newcomer to the class, Syarifuddin beat out championship leader Mohd Aiman Tahiruddin of team PETRONAS Sprinta Yamaha-AFB Tech. Aiman settled for second place ahead of Mohd Syafieq Aiman who scored third.

- Advertisement -