Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dengan kerjasama Kelab Berbasikal Clever Speda menganjurkan program kayuhan bersama golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bertemakan âKayuhan Merentas Daerah – Explore with Your Heartâ bermula dari Plaza Perangsang, Shah Alam ke Tadom Hill Resort, Banting sejauh 50km.
Seramai 70 peserta menyertai program tersebut melibatkan seramai 22 pelajar daripada Malaysian Association for the Blind (MAB), 17 pelajar dari UiTM Shah Alam selaku jurupandu kayuhan dan 31 peminat sukan berbasikal.
Program tersebut bertujuan mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan seperti berbasikal dan memberi peluang kepada komuniti untuk berinteraksi serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama golongan OKU penglihatan menggunakan basikal tandem.
Disamping itu, ianya dapat membuka peluang kepada golongan OKU untuk melibatkan diri dalam sukan berbasikal meskipun menghadapi kesukaran serta cacat penglihatan.
Program pertama seumpamanya yang diadakan ini di bawah inisiatif âSukan Untuk Semuaâ Perangsang Selangor merupakan salah satu program melestarikan kesedaran keselamatan berbasikal di jalan raya khusus bagi golongan kelainan upaya.
Selain itu, Perangsang Selangor turut menjalankan program terapi badminton melibatkan pelajar autistik serta anak- anak yatim di dalam aktiviti renang.
Program tersebut turut mendapat sokongan dengan kehadiran Dr. S Hadi Abdullah, Timbalan Presiden MAB serta Hosni Hassan, Pengarah Program Sains Sukan UiTM Shah Alam.
Pengarah Bersekutu, Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategik, Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, âProgram membuktikan Perangsang Selangor sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab amat mementingkan aspek kelestarian bukan sahaja dalam bidang perniagaan malah tanggunjawab ke atas semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dalam kepentingan bersukan termasuk golongan OKU dan kurang kemampuan.â
âMasyarakat akan lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan menjalani gaya hidup sihat dan pada masa yang sama menjaga keselamatan di jalan raya terutamanya generasi muda.
“Ia juga merupakan langkah yang dapat memberi impak dan kesan jangka panjang dalam menjamin masa hadapan yang lebih sihat serta memberi kesedaran kepada semua golongan.
“Melalui aktiviti seperti ini, kita boleh memastikan mesej kesedaran itu dapat sampai lebih jauh. Aktiviti pendidikan kesedaran juga perlu sentiasa diteruskanâ tambahnya lagi.
Pihak MAB juga menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan berharap lebih banyak pihak akan tampil menganjurkan program seumpanya yang melibatkan golongan OKU pada setiap tahun.Â